Header Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Zohir


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Berdoa Dengan Asmaul Husna al Zohir


Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Zohir| Al-Zahir maksudnya Yang Maha Nyata. Yang Maha Nyata/ Maha Menyatakan / Maha Penzahir / Maha Zahir– Menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Zohir ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Awwal

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Zohir


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Zohir = 15 kali


Ertinya : 

Al-Zohir maksudnya Yang Maha Nyata.

Yang Maha Nyata/ Maha Menyatakan / Maha Penzahir / Maha Zahir– Menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

a) Amalkanlah zikir ‘Ya Zohir’ sebanyak 1106 kali selesai solat fardhu di tempat sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab baginya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.

b) Agar terbukanya segala ilmu, ‘Ya Zohir’ dibaca setiap lepas solat 5 waktu sebanyak 1106 kali dalam masa sebulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

c) Sesiapa menyebut ‘Ya Zohir’ 15 kali selepas solat Jumaat, InsyaAllah ‘Nur’ atau cahaya akan menyinari hatinya.

d) Jika dizikirkan ‘Ya Zohir’ sebanyak 500 KALI setiap hari, InsyaAllah penglihatan dan hati seseorang itu akan dipenuhi dengan‘Nur’.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 
>

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.