Bila Waktunya Yang Sesuai Untuk Move On?

Advertisement

Bila Waktunya Yang Sesuai Untuk Move On? Tak move lagi ke? Dah la tu, barang yang lepas jangan dikenang. Bila dikenang merana badan. Hehe.. , itulah antara kata penyedap hati bila kita dikecewakan, tak dapat apa yang kita cita dan impikan atau kita terkenang memori lama.

Siapa yang tak boleh move on ni? Yang kena tinggal atau yang meninggalkan?? Move on ni sebenarnya positif sifatnya. Move on atau terus ke depan, menjadikan kita seorang yang kuat berusaha dan menunjukkan kita seorang yang tabah.

So, bila agaknya waktu terbaik kita nak move on? Sehari, sebulan atau setahun selepas kejadian sedih tersebut? Haa.. bila tu agaknya ya?
Bila Waktunya Yang Sesuai Untuk Move On?


Bila Waktunya Yang Sesuai Untuk Move On?


Move on lah!
Come on beb, you can do it!
Just forget it!
Move forward.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Baiklah. Ada masa yang sesuai untuk kita nak move on ya. Jom semak bilakah waktu sesuai kita nak move on dari kehidupan terdahulu atau kesilapan yang merugikan diri sendiri.

1. Bila kita telah bersedia fizikal dan mental


Ya, move on je bila kita memang dah bersedia samada fizikal dan mental. Dari segi fizikal contohnya, adakah simpanan, kerjaya dan kawan sekitar dah bersedia membantu kita. Secara mentalnya, adakah emosi dan hati kita dah cukup benteng  untuk melupakan apa yang menyakitkan tersebut?

2. Secepat mungkin, jangan tunggu lama


Kalau nak move on, jangan tunggu lama. Jika cepat-cepat kita bertindak menjauhi benda-benda yang menyakitkan tersebut, maka mulakan langkah tersebut. Contohnya berpindah tempat tinggal, mencari kerja baru dan cuba kumpul kawan dan sahabat baru.

3. Suka dengan tempat baru atau benda baru


Bila kita dah boleh serasi dengan tempat dan kawan baru. Maka, itulah masanya kena move on. Jangan tunggu lama-lama. Jangan bagi peluang orang yang menghina atau melukakan kita, mengulangi perbuatan mereka. Hidup harus diteruskan tanpa orang-orang yang penuh toksik.

4. Sokongan padu sahabat dan rakan


Kita mesti kena move on bila dapat sokongan padu dari sahabat dan rakan. Contohnya, pekerjaan sekarang tidak menyebelahi anda. Maka, move on ke syarikat baru yang lebih menghargai anda.  



5. Bila kita dah cukup bersabar


Betul.

Bersabar amalan mulia dan terpuji. Allah SWT amat menyayangi hambaNya yang bersyukur bila diberi nikmat dan bersabar bila diuji. Namun, anda dan hati sendiri tahu tahap mana kesabaran itu boleh bertahan. Jika segala usaha untuk bertahan telah habis dilaksanakan, maka jalan terakhir adalah move on. Move on atau teruskan melangkah ke arah yang bercahaya terang. Pasti kan ada hikmah di hujung jalan..


Ada banyak lagi sebab untuk kita nak move on. Terpulang pada tahap mana kekuatan kita untuk kekal bertahan atau move on. Apa yang penting pastikan fizikal dan mental telah bersedia. Jangan langsung bertindak dengan tangan kosong. Dapatkan bantuan dan nasihat daripada orang yang tepat.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.