Semakan kelulusan i Sinar dibuka pada 8 Mac 2021. Semua permohonan akan lulus selagi ianya berada dalam 3 kategori berkut:
– Ahli KWSP
– Berumur 55 tahun ke bawah
– Baki di dalam akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM150.
Tiada sebarang dokumen diperlukan pihak KWSP, siapa mohon dia dapat tertakluk pada syarat di atas.
Mengikut daripada maklumat di website i-sinar, pembayaran di lakukan seperti berikut;
a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Rujuk jadual di bawah;


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.