Header Ads

Memohonlah Kepada Allah Agar Tidak Menjadi Orang Munafik


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Memohonlah Kepada Allah Agar Tidak Menjadi Orang Munafik
Memohonlah Kepada Allah Agar Tidak Menjadi Orang Munafik. Orang munafik secara amnya adalah orang yang suka menipu. Bila orang yang kuat menipu kita akan kata macam orang munafik. Kita pula tak boleh sewenang-wenang menghukum seseorang itu munafik kerana itu boleh jatuh hukum. Kita tak pasti apakah benar dia begitu atau sebaliknya.

Oleh itu, mohonlah kepada Allah SWT agar kita tak tergolong dalam golongan orang yang munafik. Kerana kesannya akan mengekori kita hingga ke akhir hayat.

Memohonlah Kepada Allah Agar Tidak Menjadi Orang Munafik


MEMOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR KITA TIDAK MENJADI ORANG MUNAFIK


Mari renung-renungkan firman Allah SWT di bawah. Firman Allah SWT :

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰۤ أَحَدࣲ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدࣰا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦۤۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ فَـٰسِقُونَ
[Surat At-Taubah, ayat 84]

Maksudnya‎:

"Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka)."

Betapa besarnya dosa orang munafik hingga Allah tak bagi kita dekat dengannya. Bermohonlah kepada Allah agar kita tidak mati dalam keadaan kufur.

Sentiasa perbaharui iman dan amal kita agar sentiasa releven di mata Allah. Maksudnya, selalu belajar tambah ilmu yang baik-baik yang dapat menambahbaik amal ibadat kita untuk di persembahkan di akhirat nanti.

Sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang tidak malu untuk belajar dan menuntut ilmu hingga ke liang lahat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.