Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Kaci

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Kaci. Salam hari minggu kepada semua rakan pembaca yang berkunjung ke blog kecil ini. Saya tahu ramai yang sedang bersantai pada hujung minggu ini sebelum esok hari Isnin kesibukan melanda semula. Hehe..

Baiklah. Hari ni kami makan di luar di samping menghantar anak bongsu ke sekolah menengah. Sebelum pergi sekolah kita isi perut dulu.

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Kaci


Hari Ahad ada masanya saya tak masak. Sebab agak penat selepas mengemas rumah. So, makan la kat luar. 

Lunch hari ni kita orang makan asam pedas. Memang sedap asam pedas ikan kaci. Saya dan encik suami ambil sorang sebahagian. Si bongsu pula ambil ayam goreng berempah. Itu je kesukaan dia. Nak buat macam mana?? Kan.. layan kan je

Resepi asam pedas kepala ikan kaci

Ikan kaci memang sedap bila dimasak asam pedas, kena masak lama sikit sebab isinya agak tebal tak macam ikan merah.



Sedap pulak cara masakan asam pedas restoran ni. Dah biasa makan asam pedas kat luar tetapi restoran ini antara yang sedap rasa asam pedasnya. Yang penting asam pedas Johor style, yang boleh hirup tu ya. Cair je.. yummy!!

Kalau nak masak sendiri boleh je, ikut cara masing-masing. Ada suka kuah asam pedas yang pekat, ada pula suka yang cair.

Nak resepi asam pedas?? Style Johor punya. Jom klik pada link berikut...

👉👉👉 Resepi Asam Pedas Style Johor yang sedap


Nota: Tukar jenis ikan yang nak dimasak berdasarkan resepi yang dikongsi di atas. T.kasih.. 🌹🌹

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close