Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Dan Video Tomyam Putih Sihat


Resepi Dan Video Tomyam Putih Sihat. Tomyam segar dan sedap memang selalu jadi santapan kami bila makan di luar. Ada yang buat tomyam putih guna santan/ air kelapa, ada pula tomyam putih tu tomyam yang dikukus je. Tak letak santan okay..

Resepi tomyam putih putih sihat ni adalah tomyam yang dikukus je, tak payah segala santan yang selalu kita makan kat restoran Thai ya..


Resepi Dan Video Tomyam Putih Sihat




Bahan-bahan:

Serai - diketuk
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Daun limau purut
Lobak merah
Cili api
Lemon
Ayam
Garam dan gula, jika suka

Cara buat tomyam putih yang segar


1. Semua bahan hiris kasar, serai ketuk-ketuk je biar naik bau bila di tumis/ masak nanti.


2. Daun limau purut, lobak dan lemon asing dalam satu bekas.


3. Masukkan air dalam periuk sambil nyalakan api. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut., halia.

4. Masukkan pula lobak merah, ayam yang telah dipotong kecil tadi. Jangan lupa cili padi juga..

5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan perahkan lemon ke dalam nya

Okay, tomyam putih sihat telah selamat dimasak dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Memang mudah ya guys nak prepare tomyam putih yang sihat ni, tetapi khasiatnya amat bagus untuk kesihatan.

Selamat mencuba. Oh ya, sukatan bahan tu ikut suka berapa banyak yang nak makan. So, tak payah stress2 nak banyak mana.. Yang sesuai dengan berapa ramai yang nak makan.. Hehe😀😀😀

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. selalu saya dok buat tomyam merah. pasni boleh la cuba buat tomyam putih lak. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close