Header Ads

Syurga Firdaus Bagi Orang-Orang Yang Beramal Soleh


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Syurga Firdaus Bagi Orang-Orang Yang Beramal Soleh
Syurga firdaus bagi orang yang beramal soleh. Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai seorang muslim. Ibu bapa juga muslim. Nikmat Tuhan yang manakah nak kamu dustakan? Cuma kita kena berdoa dan berusaha untuk ditetapkan dalam iman dan akhiran hidup dalam islam juga. 

Mereka yang berbuat baik dan menjaga amalan baik semasa hayatnya, akan dimasukkan ke dalam syurga firdaus. Firdaus merupakan syurga yang terbuat dari emas merah. Golongan orang-orang yang menjaga solat, memelihara amanah dan menjaga kemaluannya ialah calon penghuni Firdaus. [QS. Al Mukminun: 1 – 11] 


Syurga Firdaus Bagi Orang-Orang Yang Beramal Soleh


Syurga firdaus adalah syurga tertinggi yang Allah sediakan di akhirat yang kekal bagi hamba-hambaNya yang terpilih.

Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 107 - 108, sebagaimana di bawah dengan maksudnya.

Syurga Firdaus Bagi Orang-Orang Yang Beramal Soleh

Maksud ayat 107 - 108 surah al Kahfi:


"Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal.

Mereka kekal di dalamnya, mereka tak ingin pindah dari sana."

Syurga Firdaus Bagi Orang-Orang Yang Beramal Soleh

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang mengetahui dan segera merebut untuk meningkatkan amalan kebaikan ketika masih di dunia yang fana ini.

Semoga kita semua tidak leka mengejar dunia yang sementara, pinjaman semata-mata ini hingga tak perasan akan janji-janji Allah kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. Semoga kita mampu berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai syurga firdaus. In Sha Allah.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.