Header Ads

Mengapa Rasa Malas Membaca Al Quran?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Mengapa Rasa Malas Membaca Al Quran?
Mengapa Rasa Malas Membaca Al Quran?Membaca al Quran adalah salah satu ibadah yang mendapat ganjaran pahala yang besar apatah lagi jika kita memahami maksudnya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Lagi lah amat besar fadhilatnya. Al Quran adalah penawar kepada segala penyakit kecuali maut.


Namun, mengapa agak sukar kita nak selak al Quran, membaca, memahami dan mengamalkan ajaran di dalamnya. Kenapa agaknya? Nanti kita lihat sebab musabab mengapa kita rasa malas dan liat nak membaca al Quran. 

Mengapa Rasa Malas Membaca Al Quran?


Janganlah malas ya sayang sahabat semua. Marilah sama-sama kita mula membaca al Quran perlahan-lahan namun berlanjutan sampai mata tertutup rapat.

Marilah kita membaca al Quran secara istiqamah.

Mengapa rasa malas membaca al Quran?

Sebab mengapa rasa malas membaca al Quran.

1. Selalu berangan
2. Kekenyangan
3. Banyak tidur
4. Terlalu bersosial
5. Bergantung selain dari Allah

Itulah antara dapatan atau kajian dari ilmuan mengapa kita jadi malas membaca al Quran. Jika sudah begitu alasannya, maka kita kena ubah gaya hidup kita. Kita kena makan dari sumber yang halal dan sekadar perlu, tidur mengikut waktu yang betul secara fitrahnya. Contohnya jangan asyik berjaga malam hingga ke pagi kemudian liat nak bangun solat subuh. Itu dah melawan fitrah namanya.

Bersosial itu boleh tetapi biarlah ia berpada-pada dan cari cara bersilaturrahim yang membawa kepada kebaikan.

Cara kehidupan dengan siapa kelompok kita dan bagaimana kita menghabiskan 24 jam sehari itu, memang jadi antara asbab kita dekat atau jauh dari al Quran.

Semoga Allah hantarkan orang yang baik-baik dan positif di sekeliling kita hingga kita jadi terpengaruh kepada cara kehidupan yang diredhai Allah.

1 comment:

  1. semoga Allah Taala sentiasa memelihara hati kita di jalan-Nya. aamiin

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.