Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Cara Nak Bersihkan Hati

10 Cara Nak Bersihkan Hati. Hati yang bersih dan jernih dapat digambarkan pada wajah. Orang kata wajah penyejuk hati penenang jiwa. Jiwa yang jernih terhasil daripada hati yang bersih. Tapi sebenarnya susah jugak nak dapat hati yang bersih. Banyak pengorbanan yang kena harungi. Kena ada amalan yang cukup di dada serta sifat taqwa kepada Allah.

Nak bersihkan hati yang dah hitam bukan makan masa sehari dua, ia memerlukan perjuangan hawa nafsu dan ranjau yang berliku. Hanya orang yang sabar dapat melepasinya. Insya Allah..

10 Cara Nak Bersihkan Hati


Daripada IG @kabilahilmu, saya kongsikan 10 cara nak bersihkan hati.

10 Cara Nak Bersihkan Hati

1. Jaga solat fardhu
2. Selalu baca al Quran
3. Jangan cari salah orang
4. Tutup aib orang
5. Jangan banding rezeki orang lain dengan kita
6. Sentiasa bersyukur
7. Sentiasa rasa cukup
8. Rajin istighfar
9. Tundukkan pandangan
10. Banyak sedekah

Dalam keadaan kita dan seluruh negara di landa musibah ni, marilah kita sama-sama berganding bahu, berhenti tuduhan demi tuduhan terhadap orang lain. Lapangkan hati, bersihkan jiwa, hulurkan bantuan mengikut kemampuan kita. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT Pemilik sekalian alam.

Justeru, dalam keadaan begini, ketika kita sedang diuji.. marilah sama-sama kita bersihkan hati dengan melakukan 10 cara yang disenaraikan di atas. Kalau tak dapat buat semua, buatlah satu persatu secara perlahan-lahan. Insya Allah jika niat dah baik, pasti Allah hadirkan yang baik-baik kepada kita.

Nak bersihkan hati bukan setakat sebut je, kena usaha hingga berjaya. Tunjukkan perjuangan kita untuk membersihkan hati dari hasad dengki, cemburu, dan perkara-perkara yang tidak baik.

Ingatlah.. keikhlasan di hati akan terpancar di wajah seseorang. Bukan kita yang menilainya tetapi orang sekeliling kita.

Selebihnya, hanya Allah Maha Mengetahui.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close