Header Ads

Di Dunia Ini Mana Yang Engkau Punya?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Di Dunia Ini Mana Yang Engkau Punya?
Di Dunia Ini Mana Yang Engkau Punya? Dunia hanya tempat persinggahan. Menumpang sementara sebelum kita berlabuh di pelabuhan yang abadi. Walau apa pun yang kita pegang, genggam atau miliki, ia bukan milik kita pun. Ia hanyalah pinjaman.

Sebutlah berapa banyak harta yang kamu ada, senaraikan beribu muka surat apa yang telah kamu capai atau beli, tetapi sebenarnya hanya dipinjamkan oleh Allah. Dialah pemilik segalanya.

Di Dunia Ini Mana Yang Engkau Punya?

Di Dunia Ini Mana Yang Engkau Punya?


Tazkirah Ringkas, MANA YANG ENGKAU PUNYA? DALAM DUNIA INI?

Firman Allah SWT :

أَلَاۤ إِنَّ لِلَّهِ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۗ أَلَاۤ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقࣱّ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا یَعۡلَمُونَ

[Surat Yunus, ayat 55]

‎Terjemahan :

"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Kamu ada suami atau isteri yang baik, ia hanyalah pinjaman sementara. Kamu menangis meraung kehilangan orang yang disayangi, maknanya Allah telah ambil balik apa yang Dia pinjamkan.

Tak nampakkah kamu, yang hidup lawannya mati. Yang pergi dah takkan kembali. Maka kita kena belajar redha. Mungkin kita kehilangan ketika masih hidup, anggaplah itu semua bukan hakmilik kekal kita. Yang dimiliki pun boleh dirampas, inikan pula kepada yang merampas itu pasti satu hari Allah akan merampasnya semula. Itulah asas maksud pinjaman, kena redha dengan apa takdir yang Allah tentukan. Tapi dengan syarat, kita telah habis berusaha. 

Setiap kebaikan yang berlaku ada balasannya. Dan jangan lupa, kejahatan yang kita perbuat kepada orang lain, janganlah kita alpa atau buat tak tahu. Akan ada pembalasannya. Itu janji Allah. Jangan bangga sangat.

Manakala, jika orang menganiaya, menzalimi kamu. Biarkan. Berdoalah agar Allah uruskan mereka untukmu. Kerana... Allah ada pelan pembalasan kepada mereka. Pasti di hujung jalan, ada sinar pelangi yang menanti.

Janji Allah itu benar.
Syurga juga benar.
Neraka pun benar.
Balasan yang setimpal juga benar.

Maka, apa yang milik kita di atas muka bumi ini? Tak ada.. yang ada hanyalah pinjaman sementara. 

Semoga kita sama-sama istiqamah dengan keyakinan kita terhadap pinjaman Allah. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.