Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Langkah Pencegahan Covid-19 Menurut Rawatan Islam Dan Perintah Kawalan Pergerakan

Langkah Pencegahan Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan Soalan Lazim. Jomlah kita sama-sama baca dan renungkan info tentang langkah pencegahan Covid-19 menurut rawatan islam. 

Langkah Pencegahan Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan

1. Amalkan zikir 40 kali sehari - Laa ilaa ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin

2. Setiap kali keluar rumah membaca - Bismillahi tawakkal tu 'alallah walahawlawala quwwata illa billah hil'aliyyul 'adziim

3. Amalan membaca 3 kali pagi dan 3 jali petang doa ini -
BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM...

4. Bersihkan diri dari hadas besar

5. Sentiasa berwuduk

6. Makan kurma 7 biji sehari

7. Minum secawan air yang dicampur sesudu madu

8. Patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Di bawah ini pula adalah 4 langkah penting tangani wabak Covid-19 dari Dr Maszlee, bekas Menteri Pendidikan.
Langkah Pencegahan Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan

Langkah Pencegahan Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan


Baca dan fahamkan apa yang dimaksudkan dengan "Perintah Kawalan Pergerakan" dari gambar yang saya ambil dari sumber Bernama.

Antara isu berbangkit dan jawapan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan:

1. Majlis keraian/ perkahwinan/ kenduri
2. Barangan keperluan habis
3. Warga Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing
4. Pelajar belajar di luar negara
5. Rakyat Malaysia bekerja di Singapura
6. Kelas ganti sekolah
7. Solat jenazah dan tahlil di rumah

Baca jawapannya pada gambarajah di bawah. Harap ia membantu persoalan yang bermain di fikiran anda. 😊😊

Langkah Pencegahan Covid-19 Dan Perintah Kawalan Pergerakan

Soalan lazim berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan., 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat, dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.


Untuk kluster sosial - Adakah saya boleh mengadakan majlis resepsi, perkahwinan, kenduri dan sebagainya?

#Jawapan: Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan ramai kehadiran. Bagi majlis persandingan, disarankan agar ianya ditangguhkan selepas tamat isu penularan COVID-19 di Malaysia.

Adakah saya boleh menyertai perlawanan bola sepak di padang dan kawasan perumahan saya?

#Jawapan: Tidak boleh! Tujuan arahan kawalan keselamatan yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk mengurangkan pergerakan aktiviti di luar.

Semoga sedikit info tentang langkah pencegahan dan soalan lazim berkaitan COVID-19 dapat membantu kita semua keluar dari belenggu wabak tersebut.

Kepada Allah kita berserah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close