Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Buah Segar Online Ketika PKP

Beli Buah Segar Online Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Dalam tempoh kawalan ni, tekak nak makan macam-macam. Adakah kita serupa? Nak makan buah lah, spaghetti, nak makan McDonald dan banyak lagi. Kalau tak ada PKP, okay je makan nasi lauk telur atau ayam goreng. Kerja saya setiap hari pergi ke internet, search resepi, tengok Lazada, Shoppe, dan mana-mana pusat barangan online. Saja cuci mata. Sampaikan wash dish Sunlight pun saya beli dari Lazada. Kih kih..

Tapi wallet kena kuat semangat la ya. Bank saving kena penuh, jika tidak habis kau nak bayar pakai apa?? Hehe.. 🤣🤣🤣


Beli Buah Segar Online Ketika PKP


Memang sebelum ni tak pernah order buah secara online. Kalau nak beli, pergilah ke Jusco sebab buah-buahan ysng segar dan pelbagai. Itu yang saya suka beli buah kat Jusco.

Gambar Beli Buah Segar Online Ketika PKP

Tapi, sejak PKP bermula 18 Mac 2020 dan berlanjutan ke fasa ke 3, saya redha je dengan apa yang berlaku. Banyak hikmah sebenarnya. Kena fikir positif.

Antaranya, kami tahu ada tempat lain beli buah secara online dan delivery terus ke rumah. Antara yang kami dah beli adalah buah anggur merah dan hitam, mangga susu, buah delima (dah lama nak makan..)



Buah pelam susu @ mangga susu tu sedap sangat, manis dan segar. Cuba korang zoom, tak ada tanda hitam lebam kena picit-picit macam kat shopping complex tu tau..

Gambar Mangga Susu Yang Manis

Buah-buah ni semuanya segar bugar, tak ada pun tanda kesan orang picit-picit, bersih dan tidak busuk. Kiranya memuaskan hati kita yang beli walau semua penjual yang pilihkan. 

Saya rasa dengan cara ni buah kekal lama, segar dan terjaga.

Semoga info ini bermanfaat, beli belah buah segar online ketika PKP. Kami rasa akan terus cari buah segar macam ni daripada pergi ke pasar malam atau pusat membeli belah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close