Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Muta'ali

Advertisement




Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Waalii| Al-Muta’ali : ( المتعال ) maksudnya 
Maha Suci/ Maha Tinggi. Maha Suci maksudnya terpelihara daripada segala kekurangan dan kerendahan. Maha Tinggi maksudnya Dialah yang tertinggi KeagunganNya atau yang terangkat daripada kekurangan, juga terangkat daripada diselami hakikatNya oleh akal fikiran manusia.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Muta'ali ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Gambar Asmaul husna 99 nama Allah

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Muta'ali   


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Muta'ali = 541 kali


Ertinya : 

Al-Muta’ali : ( المتعال ) Maha Suci/ Maha Tinggi. Maha Suci maksudnya terpelihara daripada segala kekurangan dan kerendahan. Maha Tinggi maksudnya Dialah yang tertinggi KeagunganNya atau yang terangkat daripada kekurangan, juga terangkat daripada diselami hakikatNya oleh akal fikiran manusia.

✅ Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ‘Ya Muta’ali’ ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.

✅ Apabila ‘Ya Muta’ali’ dibaca setiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, InsyaAllah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

✅ Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘‘Ya Muta’ali’, InsyaAllah dia akan dapat menyelesaikan semua masalahnya.

✅ Jika wanita yang mengalami kesakitan ketika ‘datang bulan’, banyakkanlah membaca ‘Ya Muta’ali’, InsyaAllah ia akan segera sembuh.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.