Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mangga Susu Hidangan Buah Segar Untuk Berbuka Puasa

Mangga Susu Hidangan Buah Segar Untuk Berbuka Puasa. Walau tak boleh belek-belek buah kat shopping complex macam biasa, tapi kita masih boleh order buah segar dari atas talian. Boleh bayar online juga, memudahkan kerja kita semua. Yang penting kena bayar dahulu sebelum buah-buahan yang kita order tu sampai. Kena percaya antara satu sama lain.

Orang yang berniaga pun mencari rezeki halal. Runner atau agen delivery pun mencari rezeki dengan kebolehan mereka. Dalam kita berjual beli, selitkan dalam hati sambil membeli kita bersedekah sekali kepada mereka. Sambil jangan lupa mendoakan mereka yang telah memudahkan urusan kita. Jangan ada rasa sangsi atau cemburu atas usaha serta rezeki orang lain. Okay 👍👌


Mangga Susu Hidangan Buah Segar Untuk Berbuka Puasa


Buah mangga susu ni sedap manis dan rangup isinya. Sesuai benar buat menu berbuka puasa. Simpan dalam peti sejuk atau letak ketulan ais. Memang ngam!

Mangga Susu Hidangan Buah Segar Untuk Berbuka Puasa

Memang la warna kulit pelam susu ni tak berapa menarik, warnanya kuning pucat dan bukan warna hijau macam buah harumanis tu. Tetapi bila kita bukak isi dia.. hmm, manis tak terkata.

Mangga Susu Hidangan Buah Segar Untuk Berbuka Puasa


Mangga susu ni pun saya beli online, iya lah kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) kita kena ikut arahan kerajaan demi keselamatan nyawa masing-masing. Tetapi, walau online, buah nya semua elok, segar dan tak busuk.



Kalau 4 biji macam tu, kami sekeluarga 2 hari dah habis. Makan sejuk dari peti ais terutama waktu berbuka puasa. Sedap sangat..

Sekian coretan santai kami dalam waktu PKP ini. Bila-bila masa boleh makan buah segar yang kita nak, cuma kena sediakan sedikit extra charges untuk urusan penghantaran mereka. Rezeki dikongsi bersama.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close