Baiklah. Menu makan sahur kita orang adalah ayam goreng kunyit, telur dadar cukup rasa dan sayur terung berlada kurang pedas. Kalau pedas sangat takut sakit perut siang nanti. Siapa nak tanggung tu?
Resepi Terung Berlada Menu Bersahur

Bahan-bahan:
4 ketul terung ungu - belah kasar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit ikan bilis - kisar (_kalau nak guna belacan pun boleh)
Sedikit kunyit serbuk - kisar
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar sos tiram
Cara Penyediaan Resepi Terung Berlada Menu Bersahur
1. Goreng terung dulu hingga masak, angkat dan toskan. Ketepikan.

2. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
3. Perisakan dengan garam, gula dan perasa dibenarkan, jika suka.
4. Masukkan terung yang telah di goreng tadi. Kacau biar rata semua.
5. Matikan api, hidangan terung berlada siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Masak terung berlada tak perlu masuk air ya, sebab terung tu dah masak ketika digoreng tadi. Kalau anda tambah air, terung jadi semakin benyek/ lembik.
Semoga bermanfaat. Bertemu kita di lain resepi dari dapur cik puan aynora ya.. 😂😂😂

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.