Resepi sardin kali ni special sikit, sebab saya tambah kentang dan tomato ke dalam sardin. Namanya sambal sardin kentang dengan tomato. Sedap you all anak I kata... dia memang kaki memuji.. 👍👍👍
Resepi Sambal Sardin Dengan Kentang Dan Tomato
Ada sardin ke kat rumah tu? Kalau tak ada stok sardin memang tak aci sebab tempoh berkurung kenalah standby makanan dalam tin. Macam saya, standby 2 tin untuk kecemasan.. (sardin juga jadi lauk emergency waktu bulan puasa..)

Bahan-bahan:
1 tin sardin saiz besar (yang isi 5 ketul tu..)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
4 sudu besar cili boh
1 biji tomato - belah 4
1 biji kentang - hiris sederhana nipis
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan;
1. Panaskan minyak. Goreng kentang dulu hingga masak. Kemudian masukkan cili boh dan bahan hiris serentak. Tumis hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan air secukupnya, kalau nak pekat masukkan sedikit saja. Jangan lupa masukkan asam keping.
3. Masukkan ikan sardin, buang kuahnya. Gaul rata.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan potongan tomato tadi. Kacau seketika. Matikan api. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba. Kalau tak habis sambal sardin ni, kuah dia boleh dijadikan pencicah lempeng atau jemput-jemput. Hehe.. sedap tau 😍😍😍

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.