Lifestyle Resepi Info Terbaik

Tips Beli Golden Mango Yang Sedap, Segar Dan Manis

Beli Golden Mango Memang Sedap. Terbaik!! Kami sekeluarga memang suka makan mangga, bila ada orang juall mangga, kami suka mencuba. Jika sedap, kami akan ulang beli dan beli hinggalah puas makan. Ada orang suka buat jus mangga, tapi kami lebih suka makan mangga macam tu je. Lebih sedap, segar dan manis berlemak.

Macam mana nak tahu mangga tu sedap dan masih segar? Atau nak tahu mangga tu manis? Haha.. Kena tahu tips ni. Meh kita tengok tips nak beli buah mangga yang sedap, segar dan manis.

Tips beli buah mangga


1. Lihat batangnya

Buah mangga yang masih ada batangnya atau tangkainya menandakan buah mangga itu baru gugur dan masih baru dipetik. Jadi, buah mangga ini dianggap masih segar

2. Cium baunya

Cium sebentar baunya, ada bau harum atau langsung dah tak ada bau. Jika buah mangga dah lama, baunya sudah berkurangan atau makin hilang.

3. Lihat bentuknya

Lihat bentuk buah mangga tersebut. Adakah dah mengecut, kecil dan tidak bulat atau lonjong seperti kebiasaannya.

4. Lihat kulitnya


Lihat pula kulit buah mangga tersebut. Ada calar-calar, garisan hitam bekas kuku atau dah terlalu masak. Jadi, berhati-hatilah.. 

Beli Golden Mango Sedap Dan Manis


Golden Mango yang kami beli tak ada di semua store ya, sebab cari kat Aeon Jusco tak ada pulak. 

Mango atau mangga nya memang manis, rangup dan segar. Warna isi dia oren gitu.. jom layan gambarnya di bawah ini.

Gambar Golden Mango Memang Sedap Dan Manis

Golden Mango yang di atas ni harga sebiji RM9.40. Saiz besar dan berat. Tapi isi dia sangatlah tebal, cantik tak rosak, segar dan rasa manis macam madu. Belah mangga ini boleh dapat 3 bekas plastik seperti di bawah.

Gambar Golden Mango Memang Sedap Dan Manis

Manakala, untuk 3 biji golden mango yang berkulit putih/ kuning cair tu berharga RM12.04. Boleh tahan juga rasa sedap manis dan segarnya. Tak rugi beli. Hehe..

Gambar Golden Mango Memang Sedap Dan Manis


So, kalau korang penggemar buah mangga, pilih buah mangga yang elok, kulit bersih tak ada kesan picit dan lebam serta tidak terlalu masak. Tetapi bau harum dia dah ada.. itu antara tips nak pilih buah mangga yang elok dan segar.

Semoga coretan santai tentang golden mango di atas bermanfaat kepada kita semua.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close