Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sumber Protein Rendah Lemak Untuk Turun Berat

Sumber protein rendah lemak untuk turun berat. Selamat berhujung minggu kekawan semua. Sedang berehat ke? Apa aktiviti hujung minggu ni? Sambut merdeka? Ya la.. dah 63 tahun dah Malaysia merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 31 bulan 8, lima puluh tujuh.. negaraku merdeka! Oppss! Ternyanyi pulak. Itulah semangatku. Semangat anak merdeka. Habis merepek sikit, saya nak share tips sihat lagi untuk kita semua. Kita jaga kita, ok! Tips sumber protein yang rendah lemak.


Protein diperlukan oleh tubuh untuk menambah tenaga. Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun. Sumber utama protein datangnya dari daging, tenusu, bijian kekacang.

Sumber Protein Rendah Lemak Untuk Turun Berat


Sumber protein banyak diperolehi dari kekacang dan ikan. Semua orang tahu. Susu pun sumber protein yang baik.

Sumber Protein Rendah Lemak Untuk Turun Berat

Kali ini sumber protein rendah lemak yang saya nak senaraikan adalah daripada;

1. Telur ayam
2. Dada ayam - tanpa lemak @ kulit ayam
3. Ikan
4. Tempe
5. Susu
6. Yogurt
7. Tauhu

Antara dalam senarai di atas, tempe antara yang diketahui ramai mengandungi protein yang banyak kerana penghasilannya daripada kacang soya.

Kandungan gizi/ khasiat dalam 100 gram tempe:

Tenaga: 150 kal
Protein: 14 gram
Lemak: 7.7 gram
Karbohidrat: 9.1 gram
Serat : 1.4 gram
Kalsium: 517 mg
Natrium: 7 mg
Fosfor: 202 mg

Manakala kandungan gizi dalam 100 gram tauhu adalah:

Energi: 80 kal
Protein: 10,9 gram
Lemak: 4,7 gram
Karbohidrat: 0,8 gram
Serat : 0,1 gram
Kalsium: 223 mg
Natrium: 2 mg
Fosfor: 183 mg

Kalau biasa breakfast minum teh tarik atau nescafe, sekarang boleh tukar dengan mengambil yogurt yang tinggi protein dan rendah lemak.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close