Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026. Salam sejahtera kepada semua blogger di Malaysia. Sudah sekian lamanya saya tak buat kempen atau segmen blogwalking kat blog-blog di Malaysia ni. Siapa kat sini dah berblog sejak tahun 2011 macam saya? Anda semua memang legend!  

Untuk menyemarakkan lagi dunia blog yang dah lama terketepi, saya melancarkan Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026


Kami ingin membuat senarai blog di blog ini untuk tempoh 7 bulan iaitu dari Mei - Disember 2026. Bermakna blog korang akan berada di sidebar saya selama 7 bulan. Sesiapa yang ada blog dijemput untuk join. Semua blog yang join akan diletakkan dalam senarai bloglist di Aynorablogs.Com sepanjang tempoh tersebut. 

Kenapa nak buat bloglist 2026?


Macam biasa bila orang tanya kenapa nak buat bloglist, jawabnya mudah je.. sebab mudah nak blogwalking dan "curi" idea bila ketandusan.. haha (gurau je..)

Tiada peraturan ketat atau follow media sosial kami. Kalau nak follow dipersilakan. Kalau tak follow pun tak apa.😎😎😎

Oh ya, tempoh segmen berlangsung dari 1 Mei 2026 - 31 Disember 2026. 

Cara Penyertaan:


Cara nak join pun mudah saja.

1. Salin banner di bawah dan letakkan dalam entry anda. Kemudian backlink kan ke blog ini. Mudah kan? Hantarkan link anda di bahagian komen blog, nanti saya listkan kat bloglist.


Link entry : https://www.aynorablogs.com/2026/04/segmen-pencarian-bloglist.html

2. Ceritakan sedikit apakah korang pernah blogwalking kat blog saya ini? Hehe...

3. Senarai blogger yang join akan disediakan dan anda yang rajin blogwalking bolehlah terjah blog yang berkenaan ya..

4. Oh ya, tempoh segmen berlangsung dari 1 Mei - 31 Disember 2026. 

Okay. Selamat bersegmen kekawan.. terima kasih.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments