Header Ads

Lunch Lewat Petang Sebab Tak Tahu Nak Makan Apa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Lunch Lewat Petang Sebab Tak Tahu Nak Makan Apa
Lunch lewat petang. Sebabnya tak tahu nak masak dan makan apa tadi. Lepas Zohor kita orang keluar sekejap bayar saman di Cawangan Trafik. Sebab kena saman? Kejadian masa kereta kemalangan bulan lepas. Katanya kesalahan kami kerana masuk ke Petronas tak berhati-hati kerana laluan tersebut adalah jalan lurus. Redha je la, nak buat macam mana. Dah nak kena, kan? Lain kali kami akan ingat dan berhati-hati. Haish.. panjang pula kisah saman ni. Berbalik pada late lunch kami adalah kerana otak dah tepu tak tahu nak masak apa..

Lunch Lewat Petang Sebab Tak Tahu Nak Makan Apa

Lunch Lewat Petang Sebab Tak Tahu Nak Makan Apa

Singgah di satu cafe yang baru dibuka. Baru mulakan bisnes kat kawasan perumahan kami. Walau kami datang dah agak lewat, makanan dan lauk pauk makan nasi campur masih ada lagi dan masih banyak pilihan. Mungkin sebab, pelanggan pun boleh order masakan panas, itu yang lauk pauk masih ada lagi.

Lunch Lewat Petang Sebab Tak Tahu Nak Makan Apa


Maka, dekat pukul 3.00 petang, kami pun bertandang ke restoran baru di kawasan kami. Agak menarik juga cafe ini dan nampak eksklusif dan moden. Semua interior warna hitam. Sampai ke dapur pun warna hitam.

Nampak tak pinggan yang kami guna pun warna hitam.



Menu kami adalah udang masak butter, ayam goreng berempah dan En suami makan mee goreng special.


Alhamdulillah.. dalam tak tahu nak makan apa pada mulanya, tapi bila makanan dah depan mata, habis jugak semua yang di pesan. Sedap juga masakan mereka. Almaklum baru first time makan sini..

Oh ya, saya perasan kalau malam, pinggan dia warna putih pulak. Haha.. nak contra kan suasana kut..

Malam ada menu western, tetapi seafood tiada ya.. untuk semua makanan termasuk air kosnya adalah RM33.00. Okay la, alhamdulillah. Perut dah kenyang. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.