Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Terima Komisen Affiliate Lagi Dalam Tahun 2020 Dari Tudung Sicomel

Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel. Lagi sekali, rezeki memang tak salah alamat terutama bagi mereka yang berusaha hingga ke akhirnya. Maksudnya, jika jalan A tidak berjaya, kita usaha ikut jalan B pulak, itu namanya tidak berputus asa. Saya jadi agen affiliate Tudung Sicomel sejak dari tahun 2016 lagi. Setiap tahun tak pernah gagal terima komisen dari pihak Tudung Sicomel.

Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel

Walau jumlah yang diterima tak banyak, tetapi ia bagai menyuntik semangat terus buat part time job ni sebagai agen affiliate. 

Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel 


Beberapa hari lepas terima email dari pengurusan TSC. Rasa happy sangat sebab dia orang khabarkan bahawa komisen saya telah dikreditkan. Siapa yang tak suka, kan? Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. 

Komisen Tudung Sicomel kali ini adalah sebanyak RM135.40. Telah dikreditkan ke dalam akaun saya pada 21 September 2020 yang lalu.

Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel

Di bawah ini pula antara komisen yang masih berstatus pending approval. Kalau pelanggan jadi beli dan bayar, dapatlah komisen itu kat saya. Kalau tidak, memang tak ada rezeki. Ada sesetengah orang suka cuci mata dulu dan kembali semula lepas sebulan.

Terima Komisen Affiliate Lagi Dari Tudung Sicomel


Jika diperhatikan pada rajah di bawah, komisen setiap jualan yang berjaya adalah sebanyak 20% daripada harga jualan. Kalau dikumpul lama-lama, boleh jadi gunung tau..


Semoga coretan saya ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua para pembaca blog ini. Mulakan sesuatu yang kecil, anda akan dapat mengecapi yang lebih besar pada waktunya.

Semoga berjaya!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments