Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Dua Dosa Yang Allah Segerakan Pembalasannya Ketika Hidup

Dua Dosa Yang Dibalas Segera Ketika Masih Hidup. Tak ada manusia nak hidup bergelumang dengan dosa. Bangga melakukan dosa. Walau sebenarnya tahu sesuatu dosa akan mendapat balasan azab seksa dari Allah SWT. Tetapi mengapa kita masih lagi leka, padahal segala ceeita dan gambaran seksa azab Allah telah diterangkan semuanya. Banyak kisah pengajaran di sana sini, maka tidakkah kamu merasa takut? Mengapa masih ada yang mengulang dosa semalam? Mengapa ada antara kita seronok melakukan dosa?

Menurut ceramah ustaz Kazim Elias, ada dua dosa yang Allah akan balas ketika mereka masih hidup lagi, ketika di dunia iaitu dosa berzina dan dosa melawan mak bapak. Na'uzubillah!!


Dua Dosa Yang Dibalas Segera Ketika Masih Hidup


Minta dijauhkan hendaknya, dari diri kita, pasangan kita, anak-anak, ahli keluarga semua dari terjebak dalam melakukan 2 dosa yang Allah segerakan pembalasannya ketika di dunia lagi 

Dua Dosa Yang Allah Balas Segera Ketika Hidup

Dua dosa yang Allah balas atas dunia, sebelum mati:

1. Lawan ibu bapa

2. Dosa Zina

Inilah senarai dosa yang Allah segerakan pembalasannya. Takut membacanya. Semoga Allah SWT jauhi kita dari golongan yang disebutkan di atas.


Mengapa Allah balas segera dosa berzina?



Dua Dosa Yang Allah Balas Segera Ketika Hidup
Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat..." (Surah al-Isra', ayat 32)

Dicabut iman daripada hatinya ketika berzina seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh. Kerana perbuatan zina melemahkan iman seseorang.

Dosa paling besar selepas syirik kepada Allah SWT dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak adalah dosa berzina. Betapa Allah mengeji penzina hinggaa diletakkan tempat ketiga antara senarai dosa besar.

Mendapat tiga keburukan di dunia, dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran. Moga dijauhkan dari kita semua.

Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.

Merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan. Itulah sebabnya mengapa Allah melarang berzina kerana ia memang membawa bencana dalam institusi kekeluargaan.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments