Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Waktu Urusniaga Tabung Haji UTC Di Seluruh Malaysia

Waktu Urusniaga Tabung Haji UTC Di Seluruh Malaysia diseragamkan mulai 14 September 2020. Tabung Haji satu nama yang amat sinonim dengan urusan pergi haji yang kita dah dengar sejak kecil lagi. Anak-anak lahir pun saya dah terus buatkan tabung haji. Tak tahu kenapa, tetapi itulah tempat yang dituju bila dah habis pantang. Bila dah buatkan buku tabung haji, baru fikir nak buatkan education insurance buat dia orang. Ikat sampai umur 21 tahun. Bila nak masuk Universiti boleh guna. Mana tahu bila besar nanti anak kita bijak pandai dan dapat course yang memerlukan perbelanjaan tinggi, boleh guna sebagai back up. So, ibu bapa kena pandai rancang kewangan anak-anak sejak mereka lahir ke dunia lagi. Walau sedikit, lama-lama kan boleh jadi bukit atau gunung. 😀😀

Cerita balik pasal tabung haji (TH), banyak kelebihannya menyimpan dalam tabung haji ni. Selain boleh digunakan untuk tujuan pergi haji, simpanan tabung haji juga boleh dikeluarkan bila ada kecemasan dan proses nak keluar pun dah mudah sekarang. Ada sesetengah bank dah link kan tabung haji dengan akaun simpanan kita. Contohnya Maybank, ada link TH dalam menu perbankan online nya. Jika anda tak tahu macam mana nak link kan akaun TH dengan akaun Maybank anda, boleh rujuk pautan di bawah..


RELATED ... Cara Aktifkan Link Tabung Haji Dengan Kad ATM Bank Lain



Waktu Urusniaga Tabung Haji UTC Di Seluruh Malaysia


Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, TH telah memperbaharui tempoh dan waktu urusniaganya. Jom semak di bawah, berdasarkan jadual yang saya muat turun dari website rasmi TH.

1. TH UTC - Negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka


Waktu Urusniaga Tabung Haji UTC Di Seluruh Malaysia

Jadual waktu urusniaga TH UTC di negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka telah diseragamkan, iaitu:

ISNIN - KHAMIS waktu operasi kaunter = 8:45 pagi hingga 4:00 petang
JUMAAT waktu operasi kaunter = 8:45 pagi hingga 12:15 tengahari,
2:45 petang hingga 4:00 petang

 2. TH UTC - Negeri Kedah, Johor  Kelantan dan Terengganu


Waktu Urusniaga Tabung Haji UTC Di Seluruh Malaysia
Jadual waktu urusniaga TH UTC di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu telah diseragamkan, iaitu:

AHAD - RABU waktu operasi kaunter = 8:45 pagi hingga 4:00 petang
KHAMIS waktu operasi kaunter = 8:45 pagi hingga 3:00 petang

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dengan adanya penyeragaman waktu urusniaga di TH UTC di seluruh Malaysia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close