Resepi Petola Masak Lemak Putih Dengan Soohon Yang Sedap

Resepi Petola Masak Lemak Putih Yang Sedap. Dah lama tak makan petola. Last makan rasanya 3 tahun lepas, itu pun makan kat rumah sedara buat kenduri tahlil. Sedap sangat sampai teringat rasa petola dia yang keras-lembut tu.. Biji dia bila dah masak rasa lembut je dalam mulut. Lepas tu memang tak pernah makan dan tak terfikir nak masak. Tapi bila ternampak kat Group masak memasak, rasa terliur je nengok petola masak lemak putih. Apapun, saya simpan dalam blog agar lain kali boleh buat resepi ni. Resepi petola masak lemak putih ni bukan sekadar itu je bahan-bahan dia, ada juga cili merah dan hijau, soohon @ suhun dan tauhu kering. Bayangkan masuk mulut dengan petola dan soohon, sedapnya!!!

Petola tumis sup dengan telur pun sedap. Bonda saya akan masak lauk atau sayur simple ni bila dia tak ada selera makan atau sedang sakit tekak. Saya tumpang sekaki hirup sup dia. Hmm.. memang superb!! 

Resepi Petola Masak Lemak Putih Dengan Soohon Yang Sedap


Sebelum masak, kita siapkan bahan-bahan dia dulu. Bahan nak masak petola lemak putih amatlah mudah dan yang pastinya murah. Sesiapa pun boleh masak ya..

Petola masak lemak putih dengan soohon



Bahan-bahan:

1 kotak santan
1 batang petola
2 tangkai cili hijau solok
2 tangkai cili merah
1 sudu kecil perencah maggi secukup rasa
Garam - jija perlu
1 bungkus kecil soohon
2 keping tauhu kering - rendamkan dahulu

Bahan tumbuk:

1ekor ikan rebus - ambil isi
2 ulas bawang merah kecil
1/2 sudu besar lada hitam

Cara-Cara Masak Petola Lemak Putih Dengan Soohon 


1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air atau secukupnya. Panaskan atas dapur dan kacau atas api sederhana

2. Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga mendidih.

3. Masukkan petola dan kacau rata. Bila dah separuh lembut, masukkan cili.

4. Akhir sekali masukkan soohon dan tauhu kering, dan kacau rata. Perisakan dengan perencah maggi secukup rasa. 

Hidangan ringkas anda pun dah siap untuk dimakan. Sesekali masak pasti anak-anak akan bertanya..  Lauk apa ni? Sebab jarang masak sayur ni. Hehe..

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close