Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Karipap Segera Pun Sedap Dan Rangup

Karipap Segera Pun Sedap Dan Rangup. Sejak dulu lagi saya memang gemar makan karipap. Tak semestinya untuk sarapan, tengahari, petang dan malam pun saya boleh makan karipap je. Inti karipap kegemaran paling utama adalah inti kentang, kemudian keledek dan last sekali inti sardin. Tentang sardin tu kureng sikit sebab saya alah pada sardin. Kalau makan sikit je pun boleh migrain, naik angin di kepala. Kalau nak rasa pun, saya jamah je. Tapi still boleh makan, no problem. Lepas makan ambil panadol dan tidur. Haha.. hilanglah migrain tu nanti.

Apa kuih frozen kegemaran anda? Adakah kita sama? Dalam keluarga kami, karipap dan epok-epok memang jadi wholelife faveret. Haha.. walau ada banyak kuih warna warni, kita makan karipap dulu.. takut habis nanti! Hehe.. 

Karipap Segera Pun Sedap Dan Rangup


Siapa kata karipap segera tak sedap? Siapa kata karipap segera kulitnya tak rangup. Anda kenalah pandai pilih. Antara kegemaran saya adalah karipap segera Mak Jah, Nazla, SBS Food dan banyak lagi. Ada juga saya beli tak ada brand pun, tapi sedap masya Allah..

Karipap Segera Pun Sedap Dan Rangup

Ni lah salah satu karipap segera inti kentang kari yang jadi faveret saya setiap masa diperlukan. Terasa nak goreng, goreng je. Memang ada stok kat rumah, tak pernah putus.

Karipap Segera Pun Sedap Dan Rangup

Kalau emergency ada tetamu datang, boleh goreng sebagai hidangan ringan.


Kalau anda tengok kulit dia, pasti tahu kulit karipap segera ni memang rangup, lembut dan tak keras serta intinya penuh. Saiz pula tak terlalu kecil dan tidak lah besar sangat sampai makan satu tak habis. Ia sedang-sedang je, sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak.

Karipap segera ni memudahkan urusan penyediaan sarapan pagi kami. Selain karipap segera, saya juga simpan stok segera atau frozen food yang lain seperti popia goreng, gendang kasturi dan juga donat. Kalau tengok senarai kuih muih tradisional dah tahu siapa punya kegemaran, kan? Hehe..

Okay, semoga bermanfaat. Dengan adanya frozen food kat rumah.. ia memudahkan kerja saya di dapur terutamanya waktu pagi bila nak pergi kerja. Amat menjimatkan masa..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. betul..kdg2 kuih2 segera ni byk membantu kan :)
    shida pn kdg2 suka juga beli..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close