Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Nak Jawab Bila Orang Ajak Couple?

Apa Nak Jawab Bila Orang Ajak Couple? Secara amnya couple ni istilah orang muda-muda nak ajak bercinta. Couple biasanya dengan pasangan lawan jenis. Ajak couple tu umpama ajak bercinta la... tapi dalam agama islam, tak ada istilah couple semua ni. Haram hukumnya bila bercinta @ bercouple sebelum bernikah. 

Ada beberapa nasihat pada mereka yang baru nak bercouple. Berundurlah, semuanya belum terlambat. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan "si dia". Nanti bila tiba masanya, hubungan kalian telah halal, rasailah kemanisan bercinta selepas kahwin.

Tak perlu mengharapkan cinta si dia sebelum sampai waktunya. Kelak mungkin dia bukan jodoh buatmu. Jodoh, hidup dan mati semua ketentuan Allah. Kita belum tahu siapa jodoh kita, bila sampai waktunya maka bercouple dan bercintalah sebebasnya!

Jika kamu mahu bahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik si dia pada waktu yang sebenarnya. Pada waktu yang tepat, bahagia akan jadi milikmu!


Apa Nak Jawab Bila Orang Ajak Couple?


Dalam usaha mengekang budaya couple pada anak-anak muda dan ada juga golongan dewasa yang baru nak terjebak.. lupakan dan elakkanlah! Yang lalu biarlah berlalu. Mana yang dah pernah terlanjur bercouple dulu-dulu, maka kita bertaubatlah atas segala masa lalu yang tak manis tu.

Apa nak jawab bila ada kawan lelaki atau perempuan ajak anda couple? Contoh jawapan ada di bawah ni. Mari cuba sama-sama..

1. Couple?? Maaflah, solat aku pun masih tak terurus. Inikan pula nak fikir serabut bila couple.

Apa nak jawab bila orang ajak couple?

2. Couple? Maaf aku terlalu mahal untuk kau miliki dengan cara yang salah.

3. Couple? Aku ingin ibubapa ku bahagia bukan sengsara.


Couple tu haram, jangan normalisasi atau jadikan biasa budaya bercouple. Jangan buat couple tu macam sesuatu yang wajib. Tiada cinta dibenarkan antara ajnabi kecuali selepas nikah. Tiada cinta yang agung kecuali cinta akan Allah SWT. 

Banyak keburukannya bila bercouple. Contohnya kejadian mengandung anak luar nikah, jadi anak yang tak dengar cakap ibu bapa, hilang kawan dan banyak lagi masalah yang timbul bila bercouple. Kalau yang sedang belajar pun, ada pula yang hilang fokus dan akhirnya gagal dalam pelajaran.

Tulisan ini adalah sebagai peringatan kepada saya, anak-anak, ahli keluarga dan muslimin di luar sana yang membaca tulisan ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada kita semua.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close