Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Tanda Peringatan Kematian Sudah Hampir

Tanda Peringatan Kematian Sudah Hampir. Alhamdulillah. Saya masih berkesempatan menulis di sini, berkongsi apa yang saya baca dan fahami. Ada yang pendek dan jitu saja perkongsian saya, ada juga yang panjang berjela. Mana yang baik kita ikuti dan mana yang khilaf, kita tinggalkan. Kerana setiap manusia tiada yang sempurna. Bercakap soal hidup dan mati, itu semua rahsia Allah. Hari ni kita berborak bergurau senda bersama, esoknya kita dengar si polan sudah tiada. Bukankah itu rahsia?? Kalau kita tahu dia bakal meninggalkan kita, pasti bukan itu yang kita lakukan bersama dengan simati. Kita pasti dah bertungkus lumus mengumpul bekalan ke alam "sana". Bersama-sama beriringan ke jannahNya. 

Tetapi, siapalah kita. Hanya hambaNya yang banyak dosa. Namun kita masih berharap agar Dia masih kasih dan sayangkan kita. Agar dalam perjalanan ke alam sana, diberikan kita petanda dari awal lagi agar kita sentiasa bersedia. Semoga akhir hayat kita dianugerahkan khusnul khotimah, sebuah kematian yang dicemburui. Insya Allah..

Tanda peringatan kematian



Tanda Peringatan Kematian Sudah Hampir


Antara tanda-tanda "peringatan" kematian kita sudah hampir :

1) Mata telah rabun.
2) Uban yang telah bertebaran di rambut.
3) Gigi rapuh dan tanggal satu persatu.
4) Stamina tubuh sudah mulai berkurang,
5) Sakit yang silih berganti.

Jangan dikata tiada peringatan. Bukalah mana-mana halaman al Quran.. mana satu yang Allah tak pernah peringatkan. Setiap surah dan juzuk, tak pernah yang tertinggal. Peringatan Allah amatlah benar, terus terang dan ditepati. Ada yang mendapat peringatan ketika usia muda lagi. Dan ada yang ke hujung usia.. masih dalam tercari-cari. 

Apabila Malaikat Maut sudah mencabut nyawa. Dihadapan ALLAH SWT, Orang-orang yang berdosa akan menundukkan kepala sambil merayu untuk kembali ke dunia untuk beramal soleh.

Katanya :

"Sesungguhnya kami sekarang telah yakin."
(QS. As-Sajdah 32: Ayat 11-12)


Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ." (QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 10)

Penyesalan yang dah tiada gunanya. Kerana semuanya sudah terlambat. Sebab itu, kena kena sentiasa beringat yang mati tak semestinya menunggu tua. Sesaat tak terlewat!

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments