Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Apakah Hadiah Terbaik Untuk Dirimu Setiap Hari?

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Dirimu Setiao Hari? Hadiah untuk diri sendiri? Eh malaslah nak fikir, banyak masalah dunia nak kena settle, tetiba nak kena fikir hadiah untuk diri sendiri, setiap hari pulak tu?! Ada tak korang fikir macam itu bila baca tajuk entry saya? Jangan risau, usah pening. Hadiah untuk diri sendiri ni tak susah. Tiada kos satu sen pun..

Kelebihan baca surah al fatihah untuk diri sendiri

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Dirimu Setiap Hari?

Membaca surah Al-Fatihah untuk diri sendiri, atau sering disebut sebagai "sedekah Al-Fatihah kepada diri sendiri," adalah amalan rohani yang baik untuk menenangkan jiwa, membuka pintu rezeki, dan memudahkan segala urusan harian. Ia berniat menghadiahkan pahala bacaan untuk kebaikan jasmani dan rohani, memberikan ketenangan, serta diyakini membantu mengabulkan hajat.

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Dirimu Setiap Hari?


Hadiah terbaik untuk diri sendiri setiap hari adalah bacaan al Fatihah. Hadiahkan lah kepada diri sendiri bacaan al Fatihah, suatu surah permulaan dalam al Quran, surah pembuka, dan surah yang pertama bila buka al Quran.

Bagaimana cara amalannya? Ada banyak cara sebenarnya. Tetapi saya ambil yang ustaz saya ajarkan sejak dari asrama lagi. Pada setiap pagi minggu ketika kuliah subuh, beliau akan ingatkan kita orang tentang Amalan membacakan al Fatihah untuk diri sendiri.

Caranya :

1. Baca surah Al Fatihah sampai habis.

2. Kemudian niatkan, "Ya Alllah Ya Tuhanku. Ku hadiahkan dan sedekahkan bacaan al Fatihah ini untuk Rasulullah, untuk suamiku / isteriku, untuk anak-anakku, untuk kedua ibu bapaku dan mertuaku, untuk sahabat-sahabatku muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan UNTUK DIRIKU SENDIRI."

3. Baca 1 kali sahaja.

Kelebihan Hadiahkan al Fatihah Untuk Diri Sendiri


Berikut adalah kelebihan utama mengamalkan/ hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk diri sendiri:

Apakah Hadiah Terbaik Untuk Dirimu Setiap Hari?

1. Penyembuh dan Penawar


Al-Fatihah merupakan surah penyembuh (asy-syifa) yang boleh dibaca untuk memohon kesihatan fizikal dan ketenangan mental.

2. Keberkatan Rezeki & Urusan


Amalan ini diyakini membantu membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah urusan hidup agar lebih lancar.

3. Pembersih Jiwa (Tazkiyatun Nafs): 


Membaca dengan menghayati maknanya dapat melembutkan hati, membersihkan jiwa, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

4. Perlindungan Diri: 


Menjadi perisai rohani dan membantu diri terhindar daripada gangguan atau kesulitan.

5. Pahala Besar: 


Membaca Al-Fatihah memberikan pahala yang sangat besar, menyamai sepertiga Al-Quran.

Semoga niat dan sedekah / hadiah bacaan al Fatihah ini menjadikan kita sentiasa dalam keadaan yang selamat sepanjang hari, dalam perlindungan Allah dan disayangi oleh orang sekeliling kita. Insha Allah aura positif sentiasa melingkari kehidupan kita.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments