Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hadiah Yang Tertunda

Hadiah Yang Tertunda. Disember.. bulan yang penuh makna. Selain dah masuk hujung tahun, ia pun petanda yang kita sedang melangkah ke tahun baru. Datangnya tahun baru maka terciptalah senarai azam tahun baru pula. Disember.. tahun yang penuh ingatan. Kawan-kawan, adik beradik dan sahabat handai saling mengingati harijadi, pelbagai doa dan harapan baik di terima untuk diri ini. Alhamdulillah. Semoga kita semua terus berjalan dan menuju ke destinasi yang sama di mana akhiran yang baik. Itulah doa-doa kita semua.

Untuk anakanda yang berada di perantauan.. semoga perjalanan mu dipenuhi kebaikan, rahmat dan barakah. Sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Semoga kehadirannya sentiasa membawa kebaikan pada semua orang.

Hmm.. teringat masakan si bujang ni pulak ketika bercuti hari tu. Banyak betul idea memasak dia, dari western, eastern, asian, tradisional food.. semua pandai dan sedap-sedap pulak tu. Rindunya.. 😥😥😥


Hadiah Yang Tertunda


Dalam menjalani hari, ada kenangan mengusik lagi. Ingatan dari hero bujang ku yang jauh di seberang lautan mengetuk hati. Ada damai yang hiba, satu perasaan yang menenangkan. Terima kasih buah hati kami atas hadiah yang tertunda itu. 

Hadiah Yang Tertunda

Bukan nilai yang jadi ukuran, tetapi ingatan itu yang menjentik rasa. Syukur ya Allah, kerana Engkau hadiahi aku dengan sepasang anak yang comel, bijak dan soleh. Insya Allah mereka inilah yang akan jadi antara asbab aku ke syurgaMu ya Allah.

Hadiah Yang Tertunda

Hadiah yang tertunda? Pada hari lahir yang dah berlalu. Namun, di remang senja tadi diri ini menerimanya tanpa berbelah bahagi. Terima kasih anakanda untuk selendang indah selembut sutera. Semoga kamu sedang berbahagia ketika mengingati ibumu ini. 

Duhai anakanda, telah ibu redha, halalkan dan maafkan segala-galanya dari sejak kamu lahir hinggalah sekarang. Berjalanlah di atas muka bumi ini dengan cemerlang, sambil selalu mengingati hari kemudian. Hinggalah kita bersama nanti di syurgaNya.

Terima kasih atas hadiah yang tertunda ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close