Kuih tart datangnya bermusim, terutama bila tiba hari perayaan je. Namun sejak kebelakangan ni, bila-bila masa kita boleh makan tart gulung nenas terutamanya. Pergi je ke stesyen minyak petronas Kedai Mesra. Macam-macam kuih kerepek semua ada. Memang membantu bagi golongan IKS meluaskan jualan mereka.
Sedapnya Tart Gulung Gebu Tapi Harga Murah
Alhamdulillah. Dapat rezeki beli dan merasa tart gulung gebu gebas dan harga murah. Kalau ikut apa yang ditulis pada promosi peniaga tersebut, kuih tart gulung tu dia ikut sebijik resepi Cikgu Azlina Ina.



Cantik kan warna dia? Rasanya.. mestilah sedap lembut gebu tetapi tak terlalu rapuh. Memang ngam samgat kat mulut. Besar-besar tart dia. Harga satu balang? Murah je, RM13 untuk 30 biji tart. Beli dua balang harganya RM26. Memang murah sangat la..
Satu balang saya punya, satu lagi si bujang kongsi dengan ayahnya. Haha.. tamak kan saya.. hehe, almaklum dah lama tak dapat rasa tart yang sedap macam ni.
Tart gulung nenas lebih puashati dimakan berbanding tart bulat yang inti jem dia di atasnya. Sebab apa? Sebab rasa inti dan kulit tart tu bergabung dalam mulut dan lebih rasa teksturnya.
Tart gulung nenas ni kami order online je, nak tunggu tart gulung nenas Cikgu Azlina Ina, asyik kehabisan stok je. Semoga satu hari nanti dapatlah saya merasa tart gulung nenas yang viral tersebut.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.