Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap

Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap. Pepagi ni sempat pulak masakkan kari ayam sebelum pergi kerja. Masak untuk lunch sekali, terutama untuk si bujang kecil ku itu yang sentiasa lapar sepanjang sekolah dicutikan ini akibat dari pandemik Covid-19. Hendaknya, cepatlah segala musibah ini berlalu agar kita semua boleh melakukan aktiviti bersama keluarga yang jauh atau dekat tanpa sekatan atau ragu-ragu. Memang kita tak boleh taksub takut pada virus yang tak nampak tetapi kita juga kena berusaha menghindar dari ditimpa musibah dan melakukan ikhtiar menghindari. Yang boleh ubah nasib kita adalah diri kita sendiri. Semoga Allah redha kepada kita semua. 

Oh ya, pasal kari ayam saya tu, saya masak guna periuk nasi je. Yang beli kat GoShop hari tu. Entry ada di sini.

Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap
Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap
Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap


Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap


Tak tahulah kalau nak kata cepat atau tidak, tetapi masak kari ayam ni, saya guna periuk nasi Primada sebab senang nak control. Saya masak dan biarkan je. Lepas tu pergi mandi atau masak lauk pauk lain pulak. Senang je. Masak bubur, masak nasi, kari, buat kek.. Semua dah dicuba. Memang simple je😁😁

Nah resepi kari ayam simple..

Bahan-bahan:

12 potong ayam saiz sederhana  
3 sudu besar serbuk kari daging
3 biji kentang - dipotong 4
1 kotak santan 500ml
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 keping asam keping
2 sudu besar cili boh - kisar sekali
5 batang bendi untuk hiasan
2 sudu teh serbuk kunyit - kisar 
sedikit garam dan gula
 

Cara menyediakan Kari Ayam Paling Mudah Ringkas Dan Sedap 


1. Kisar semua bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan lada boh. Bila sudah hancur, baru masukkan rempah kari. Kacau rempah kari biar rata dengan bahan kisar yang lain.

2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar tadi dengan 1 batang kayu manis. Nanti naik harum dan lemak je baunya. Biar hingga naik bau.

3. Masukkan ayam. Kacau seketika. Kemudian masukkan kentang. Tutup biar ayam dan kentang masak. Jangan lupa masukkan asam keping ketika ini.

4. Akhir sekali masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan sedikit air.

5. Bila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula, ikut citarasa. Jangan lupa letak dengan sayur bendi sebagai hiasan.

Masak Lauk Kari Ayam Cepat Dan Sedap

Ini kali kedua saya masak kari ayam dengan periuk nasi Primada. Memang sedap, mudah, ringkas dan ayam jadi lembut senang dimakan. Oleh kerana ia guna periuk nasi, jadi masak dia sekata dan panasnya pun bertahan lama. Kuah santan pun tak pecah walau biar mendidih dalam periuk nasi.

Selamat mencuba.


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments