Nasi goreng chicken chop dia memang nasi dan chicken chop je ya, tak ada kentang goreng tu.. tapi salad, sos semua ada la.. mungkin tengok kat mana restoran yang kita order.. hehe






Order Nasi Goreng Chicken Chop Dengan Foodpanda
Ini adalah pengalaman pertama saya guna Foodpanda. Sebab apa baru kali pertama? Sebab biasa yang buat pesanan semua si bujang sulung. Saya main pakai sebut je. Sekarang ni, kitalah kena buat sendiri. Jomlah lihat pesanan Nasi Goreng Chicken Chop saya yang baru sampai..
Sebelum tu, nak order Foodpanda mudah je. Pasang applikasi Foodpanda dan mula pilih Delivery. Lepas tu ikut arahan untuk mendaftar. Dan buatlah step by step.


Applikasi Foodpanda memang agak mudah, lokasi tepat dan dekat jadi ia mengurangkan tempoh menunggu pesanan sampai. Kalau dapat lokasi makanan yang jauh, memang saya tak order la. Kita kena faham nanti menyusahkan Foodpanda riider.
Ada juga saya perasan, ada antara kita yang order 1 makanan je dan jauh pulak tu jaraknya. Memang kita bayar tetapi kena juga ambil kira jarak dan lain-lain faktor berdasarkan common sense. Tapi itulah.. Manusia lain-lain pemikirannya. Terpulang kepada budi bicara masing-masing. Iya dak?
Namun, jika anda tahu nombor delivery direct dengan restoran lagi bagus kerana harga makanan akan jauh lebih murah. Jika tidak, Foodpanda adalah pilihan alternatif untuk memesan makanan atau barang yang anda perlukan.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.