Advertisement

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor. Macam biasa bila tiba hari sabtu, saya akan bersiaran dari laman comelku. Pagi ni lambat sikit masuk kebun sebab awal pagi dah keluar breakfast sambil terus pegi cari barang basah dan top up barang kering kat dapur untuk tempoh seminggu. Selepas selesai semua urusan tu, baru belek-belek pokok kat luar dan dalam kawasan parking. Sempat cantas daun-daun kering dan ranting yang dah condong, kita buang kan je.

Lepas tu perasan, kenapa rubber plant kat luar dan dalam rumah tak sama warnanya. 

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor
Info Yang Anda Cari:

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor


Oh ya, hari ni sempat belek lama sakit pokok rubber plant. Yang dalam kawasan parking dan di luar rumah, warna daun dia tak sama. Lagi satu rubber plant indoor daun kecil sedikit manakala, pokok yang ditanam di luar rumah memiliki daun yang lebih besar dan berwarna burgundy. Padahal ia diambil dari batang pokok yang sama di dalam rumah. Pelik kan? 😅😅

Mana peliknya.. hehe, tentulah yang diluar rumah daun lebih besar sebab dapat cahaya matahari terus. So, pertumbuhannya agak subur Dan cukup zat. 

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor

Dua keping gambar di atas adalah rubber plant yang di tanam di luar rumah. walau jerebu daunnya tak layu, bahkan segar bugar. Ini menandakan rubber plant adalah sejenis pokok landskap yang tahan lasak.

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor

Dua gambar di atas pula adalah pokok rubber plant yang di tanam di kawasan garaj. Di tanam indoor. Daunnya lebih kecil dan berwarna hijau tua. Kerana ia tidak dapat cukup cahaya matahari. Tetapi Masih subur jugak. 

Rubber Plant Indoor Vs Outdoor



Dan menanam pokok rubber plant amat mudah, tak kena kacau dek siput ataupun ulat daun. So, cost minimal. Kalau dapat kawasan rumah yang luas tamannya, boleh lah pilih rubber plant sebagai tanaman landskap rumah anda.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Advertisement

Total Pageviews

About Us


Aynorablogs - (sejak 2011). Portal info terbaik, resepi & lifestyle..
DMCA.com Protection Status