Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Penyakit Akhir Zaman Paling Ditakuti

Penyakit Akhir Zaman Paling Ditakuti. Bila sebut penyakit je, tentu menimbulkan kerisauan dalam hati kita kan? Terutama bila sakit atau penyakit itu menghinggapi orang-orang yang paling kita sayang. Untuk merawat penyakit itu, kita akan berusaha melakukan apa sahaja demi menyembuhkan mereka. Kita sanggup berhabisan agar orang-orang yang kita sayangi itu dapat hidup sihat seperti sediakala.

Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit apakah yang paling anda takuti? Penyakit yang tak ada penawarnya. Dalam keadaan sekarang, pandemik covid-19 yang masih belum ada penawarnya. Mungkin itu penyakit yang paling kita takuti. Dahulu, kita risau jika ada ahli keluarga diserang penyakit kanser. Kini, alhamdulillah ramai dah pesakit kanser yang pulih. Jadi, dalam mendepani pelbagai penyakit baru yang muncul, kita hendaklah hidup dalam bersederhana dalam segala hal samada kehidupan, kesihatan, kerohanian.. semua kena ada had dan batasnya. Usah keterlalauan. Yang penting ikut amalan yang baik dan tinggalkan perkara yang mungkar. 


Penyakit Akhir Zaman Paling Ditakuti


Selain penyakit yang saya sebutkan di atas, ada lagi satu penyakit yang amat ditakuti oleh Nabi Muhammad yang akan menyerang umat akhir zaman.

Penyakit Akhir Zaman Paling Ditakuti

Nabi Muhammad sudah lama pesan, 6 penyakit yang akan menimpa umat akhir zaman.

1. Terlalu mewah
2. Saling memarahi
3. Terlalu banyak bersuka ria
4. Mengumpul harta sebanyak mungkin
5. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
6. Dengki mendengki sehingga menzalimi antara satu sama lain

Mari kita semak diri masing-masing ada tak 6 penyakit di atas yang menimpa kita dan orang sekeliling kita. Adakah kita memiliki sifat tamak dan tak cukup puas dengan apa yang kita miliki? Dah ada satu rumah, nak dua hingga tiga biji lagi hingga kita tak mampu menjaganya. Bukan kah itu menyusahkan? 

Kita sanggup dengki kan orang yang telah berjaya hingga berbuat sesuatu yang di luar kotak akal manusia yang waras. Bukankah itu boleh menjahanamkan peradaban manusia?

Hiduplah dalam sederhana, usah terlalu bermewah hingga kita lupa ada orang lain yang tak mampu meneguk segelas air bersih setiap hari. Dimanakah timbang rasa dan peri kemanusiaan kita semua?

Maka secara keseluruhannya, hidup seadanya dengan kemampuan kita. Usah memaksa diri dan orang lain berada dalam genggaman kita dan ikut kehendak sendiri. Hormati rezeki orang lain, saling bantu membantu terhadap orang yang kurang berkemampuan. Agar, 6 penyakit akhir zaman seperti di sebut Nabi Muhammad SAW di atas tidak menyelubungi kita semua.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments