Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Waktu Dilarang Timbang Berat Badan

Waktu Dilarang Timbang Berat Badan. Hmm.. anda suka timbang berat anda waktu bila dan mengapa? Adakah setiap hari setiap jam atau sekali sehari? Hehe.. kalau kat rumah ada penimbang, alamatnya setiap masa nak timbang. Betul tak? Bila berat naik sikit dikatanya penimbang tu rosak. Iya la tu.. terinlmalah hakikat jika kita kuat makan memanglah berat akan naik. Betul kan? Kalau kita pandai kawal pemakanan dan senaman yang sesuai, kita pasti tak ada masalah dengan pertambahan berat badan. 

Ada beberapa waktu yang boleh dan tidak digalakkan untuk timbang berat badan. Waktu yang digalakkan untuk timbang berat adalah pada awal pagi sebaik bangun tidur, sewaktu kita berada dalam keadaan rileks dan beberapa waktu lain yang boleh di baca dalam laman web kesihatan. Namun jangan lupa, ada juga waktu-waktu yang tak dibenarkan untuk menimbang berat badan. Baca selanjutnya pada perkongsian di bawah.

Waktu Dilarang Timbang Berat Badan


Ada waktu tertentu yang di larang untuk timbang berat badan. Waktu-waktu tersebut adalah waktu yang kurqng tepat untuk mendapatkan angka yang betul untuk berat badan anda.

Waktu Dilarang Timbang Berat Badan

So, jangan timbang berat badan seperti waktu di bawah:

1. Selepas minum air
2. Selepas bersenam
3. Sewaktu dalam period atau datang haid seawal 5 hari pertama
4. Selepas makan
5. Selepas 9.00 malam ke atas 

Jadi, bila dah tahu waktu-waktu di larang timbang berat badan, kita pilih waktu yang selain itu. Contohnya selepas bangun tidur, itu waktu yang bagus untuk timbang berat badan.

Dalam proses menurunkan berat badan, kita tak boleh terlalu stress, amalkan cara hidup sihat dan lakukan senaman yang bersesuaian dengan aktiviti harian kita. 

Bila kita stress sangat dan nak turunkan berat dengan waktu yang singkat, ditakuti kita terperangkap dengan promosi ubat kurus yang berleluasa di pasaran. Berhati-hatilah dengan supplemen yang diambil. Dapatkan pandangan pakar bila nak mulakan sesuatu usaha berkaitan kesihatan dan tubuh badan anda.

Semoga bermanfaat.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments