Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Dan Tips Buat Kulit Karipap Lebih Rangup

Petua Dan Tips Buat Kulit Karipap Lebih Rangup. Siapa lah yang tak suka makan karipap. Kalau boleh setiap hari nak sarapan karipap sebiji dua, barulah namanya satapan. Itulah kata-kata anak bujang saya yang kecil ni. Kalau di hadap depan dia 10 biji karipap, sekali hadap dah habis. Sebab itu kat rumah selalu standby karipap frozen untuk dia je.. senang nak pergi kerja gorengkan dulu untuk dia. Nasib baik sarapan kegemaran dia mudah je..

Apa pula sarapan atau kegemaran anda? Roti canai? Donat? Nasi dagang @ mee siam? Pilih je yang mana suka sebab sekarang ni dah terlalu ramai yang berniaga warong tepi jalan dan sediakan menu sarapan yang kita suka. Cuma bezanya samada sedap atau tidak, itu je..

Kulit karipap lebih rangup

Kulit karipap yang nipis, rangup dan ada letup-letup sikit pada kulit dia. Ini lah kuih karipap kegemaran saya dan family...

Karipap sedap dan kulit rangup


Petua Dan Tips Buat Kulit Karipap Lebih Rangup


Ok. Kerana cerita pasal karipap, saya nak kongsi tips atau petua nak buat kulit karipap yang nipis, rangup dan tak liat bila dah sejuk. Marilah kita sama-sama buat. jadik atau tak?? Hehe..

Cara-caranya;

4 cawan tepung gandum
2 sudu gula
Sedikit garam
1/4 cawan minyak panas
1 sudu besar shortening (rujuk di bawah)
2 sudu besar butter @ majerin
Sedikit air - ikut kesesuaian doh

1. Satukan tepung, gula dan garam. Gaulkan dan tambah minyak panas. 

2. Masukkan bahan lain dan gaul rata dengan tangan.

3. Masukkan air sikit-sikit hingga jadi doh yang lembut dan senang dicanai. 

4. Terap dengan acuan atau gunakan kreativiti untuk kelim tepi kulit karipap. Masa ni mestilah anda dah masukkan inti dia.. hehe

5. Panaskan minyak betul-betul sebelum menggoreng. Lepas tu slowkan api, baru masukkan karipap.

6. Bila dah kuning sekata angkat. Siap untuk dihidangkan. 

Itulah cara nak buat kulit karipap yang nipis, rangup dan tak liat bila dah sejuk. Kalau nak ada letup-letup kulit dia.. kombinasi minyak panas dengan air tu yang jadi rupa kulit karipap ada sikit-sikit letup tu..

Tapi kalau suka kulit karipap yang licin rata je, tak perlu guna minyak masak pun tak apa. Cukup guna majerin @ butter.

Selamat mencuba.

Nota:

Shortening atau dalam bahasa Melayu di panggil lemak sayuran adalah 100% lemak dan membeku pada suhu bilik. Shortening datang dalam warna putih dan tawar rasanya. Ia di perbuat daripada minyak sayuran ( lemak kelapa sawit ) yang telah dihidrogenasikan ( hydrogenated ).

Shortening jenama Nona

Antara jenama shortening adalah Lam Soon & Nona.

Pada asalnya , shortening adalah sangat sinonim dengan lemak haiwan, tetapi sejak penciptaan minyak sayuran hidrogenasi dalam abad ke 20, shortening telah secara eksklusifnya bermaksud lemak sayuran.

Shortening biasa di gunakan dalam pembuatan biskut untuk mengekalkan bentuk doh biskut dengan lebih lama. Shortening membenarkan telur dan tepung bersatu dan mengekalkan bentuk biskut daripada mengembang ( spread). Walaubagaimana pun shortening tidak menyumbang kepada rasa untuk sesuatu resepi samaada biskut atau roti. Kesimpulannya, shortening dapat mengekalkan bentuk biskut, tetapi kurang dari segi rasa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close