Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sesuatu Itu Mungkin Paling Dibenci Tetapi Itu Yang Terbaik Buatmu

Sesuatu Itu Mungkin Paling Dibenci Tetapi Itu Yang Terbaik Buatmu. Perhatikan di sekitarmu. Apa yang kamu nampak? Apa yang kamu lihat? Adakah ia menggembirkan bagi dirimu? kamu menerima takdir yang kamu anggap ia terburuk bagimu? Bertanyalah pada iman di dada. Mengapa itu semua berlaku pada dirimu dan bukannya orang lain. Mengapa aku? Bukan dia atau mereka? Mengapa Allah pilih untuk mengujimu? Mengapa dalam berbilion umat manusia atas muka bumi ini, kamu yang dipilih.

Bila Allah masih melihatmu, mengingatkan, selalu memberi teguran melalui ujian demi ujian samada yang direct atau melalui orang lain.. percayalah, bahawa Allah mahu kamu dan kita semua kembali dekat denganNya. Mungkin kita dah semakin jauh, maka Allah tarik kita kembali pada asal dan fitrah kejadian seorang hamba. Tak ada satu pun kejadian yang Allah aturkan dalam perjalanan hidup kita datangnya secara kebetulan. Itu semua telah diatur dan di susun dari Luh Mahfudz lagi. Bukalah minda seluasnya. Lihat dengan mata hati. Pasti kau akan mengerti.


Sesuatu Itu Mungkin Paling Dibenci Tetapi Itu Yang Terbaik Buatmu



Sesuatu itu mungkin paling dibenci..

Kebelakangan ini ramai antara kita yang ditimpa musibah. Samada kematian, kecelakaan, kehilangan dan sebagainya. Itu semua ujian dari Allah. Ada ketika Allah hadirkan musibah untuk menguji kita tapi kita tak sedar. Kita marah-marah, putus asa dan mula mempersoalkan kenapa semua ini terjadi? Apa jadi jika kita tidak diuji? Adakah kita akan tersentak sendiri dengan kesalahan kita. Mampukah kita sedar dan menyesali perbuatan kita yang salah tanpa kejutan dari Allah? Dah lama sangat kita terlena. Bila Allah kejut kita, bangunlah! Terima ujian sebagai satu cara peringatan dari Allah. Allah masih sayang. Sebab itu dia kejut dan sedarkan kita dari lena yang panjang.

Ujian mungkin diturunkan kepada kita terus tanpa orang tengah tapi ada saatnya Allah turunkan ujian dan musibah untuk menyedarkan orang lain juga. Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Setiap orang melalui saat itu di mana melihat sesuatu seperti paling buruk dan dibenci tetapi di sisi Allah, itulah pemberian yang terbaik. Allah Maha Mengetahui apa yang nyata dan tersembunyi.

Ada hikmah di sebalik setiap ujian yang kita lalui.


Hikmah di sebalik setiap ujian amat banyak dan luas. Bukan sekadar menyedarkan kita, tetapi ia mungkin juga menginsafkan orang lain yang berkaitan dalam lingkungan kehidupan kita. Usaha kita untuk mencari rahmat dari Tuhan adalah lebih penting dengan melalui cabaran yang telah diberikan oleh Allah. Orang kata redha je.. 😍

Sebagai seorang mukmin, kita perlu sedar bahawa sesuatu bencana atau musibah yang berlaku adalah sebagai satu peringatan penting dari Allah buat hamba-hamba-Nya di muka bumi ini.

Ia juga menjadi satu petanda agar semua umat manusia kembali kepada jalan yang benar dan bertaubat daripada melakukan segala maksiat.

"Sekiranya kita bersabar dengan ujian ini, maka kita pasti akan diberikan ganjaran dan balasan yang baik di dunia atau akhirat kelak."

Sesuatu itu mungkin paling dibenci tetapi itu yang terbaik buatmu dan itulah apa yang kamu perlu. Janganlah bersangka buruk terhadap ujian yang diberikan oleh Allah terhadap kita.

Ini kerana, hanya Allah lebih mengetahui tentang apa yang diturunkan kepada makhluk-Nya. Maka, setiap mukmin perlu percaya bahawa segala keputusan Allah adalah terbaik.

Oleh itu, elakkan sikap berputus asa, kecewa dan merungut-rungut ketika berhadapan dengan musibah kerana perbuatan ini dikhuatiri akan menjerumus kita ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.

"Ujian yang datang bukanlah semata-mata untuk memberatkan beban seseorang, tetapi ia datang sebagai satu peluang untuk menguji diri seseorang itu."

"Sekiranya seseorang berjaya dalam sesebuah ujian, maka Allah akan mengangkat darjat atau martabatnya ke peringkat yang lebih tinggi di sisi-Nya.

"Ujian ini bermakna Allah sedang melihat tahap kesabaran kita sebagai hamba-Nya.

"Jadi sebagai seorang mukmin, kita hendaklah bersyukur ke atas segala dugaan dan musibah yang dikenakan ke atas diri kita.

"Pada masa yang sama, kuatkanlah hati kita dan sentiasa bersikap positif dalam kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam," 

Nabi Muhammad saw mengajar umatnya untuk melihat sesebuah ujian itu dengan pandangan mata yang penuh hikmah. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan, namun berusahalah untuk mencari potensi diri, di saat berdepan dengan sebarang kesulitan.

Hakikatnya, kita pasti mampu berhadapan dengan ujian yang diberikan oleh Allah.

Ingatlah.. Allah telah berjanji untuk tidak membebankan hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang hamba tersebut.

Insya Allah. Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close