Beli British Polo Emma Sling Bag Set Dari GoShop. Baru je saya buat azam tak nak shopping online lagi tetapi mata ni tak tahanlah tengok sling bag comel dari British Polo. Ada 3 warna pulak tu, jenis material dia kulit PU saffiano. Murah tau, untuk 3 sling bag diberi pada harga RM99. Murah kan? Saya pulak memang tengah cari sling bag. Anggaplah ia sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri pada 4 Disember ini. Hehe.. 

Ramai orang berpendapat shopping online adalah satu terapi, sama seperti kita shopping di kompleks sebenar. Namun shopping online lagi jimat masa, tenaga dan lebih rileks. Kebanyakan barang yang saya beli terutamanya berkaitan dengan handbag adalah belian atas talian. Ada yang murah, ada yang mahal.. Berbelanjalah ikut kemampuan kita.

Beli British Polo Emma Sling Bag Dari GoShop

Gambar yang diambil dari website GoShop. Saya tunggu barang sampai je. Geram nengok pengacara tunjuk dan gayakan beg tu.. terpengaruh betul kan??

Beli British Polo Emma Sling Bag Set Dari GoShop 


Nak berurusan pun senang dengan GoShop ni. Pergi website dia, kemudian pilih cara bayaran dan bayar. Lepas tu dah selesai. 

Jom tengok rupa beg yang saya order tu ya..

Beli British Polo Emma Sling Bag Dari GoShop

Order saya telah diterima. Yeay.. esok lusa barang sampai. Ikut pengalaman lepas, barang-barang Goshop sampai dan selamat diterima selang 2 hari dari tarikh order dibuat. Memang pantas la..
Beli British Polo Emma Sling Bag Dari GoShop
Salah satu set yang ada dalam Emma Sling bag British Polo. Cantik kan warna dia? Warna beige yang sesuai digayakan dalam apa jua situasi dan acara. Nampak elegen. Kalau beli satu, harga dia lebih kurang RM33 sahaja. Kos pos percuma.

Jika anda mahukan gaya yang santai tapi dengan harga beg yang berpatutan, maka saya cadangkan belilah bag tangan pada harga promosi.

Saya juga rajin beli beg berjenama secara online dan biasanya saya akan tunggu ada "SALE" baru saya masuk order. Hehe.. kena bijak shopping ya.

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post