Income Google Adsense Bulan Disember 2020

Advertisement

Random Picks:
Income Google Adsense Bulan Disember 2020. Dah dapat gaji dari Google ke belum? Saya baru je dapat, agak lewat sedikit sebab saya guna Maybank. Namun agak happy juga bila gaji dari Google dah masuk. Boleh buat bayar bil internet, kan? 

Alhamdulillah.

Gaji dari Google ni untuk income bulan Disember 2020, waktu hujung tahun yang agak menakjubkan jugak. Biasanya setiap bulan dapat la lebih RM400. Tapi kali ni dapat dekat sekali ganda lagi.. siapa nak bagi, kan?

Income Google Adsense Bulan Disember 2020


Income Google Adsense Bulan Disember 2020



Income google adsense bulan disember dekat RM721 dan ia disumbang dari beberapa artikel yang menjadi carian utama di Google search. 
Income Google Adsense Bulan Disember 2020

Kalau kita bersabar dan teruskan buat apa yang kita minat, pasti ada balasannya. Samada dalam bentuk wang atau kebahagiaan. Bahagia pun salah satu hadiah atas segala penat lelah kita yang tak dapat digambarkan secara fizikal. 

Oh yaa, antara artikel dari blog-blog saya yang jadi carian utama di Google Search adalah:

Blog : AYNORABLOGS.COM

1. Ucapan Selamat Hari Jadi
2. Cara Buat Air Detox
3. Betapa Powernya Zikir Allahumma Ya Baariq

Blog : KISAHRESEPI.COM

1. Resepi Kuih Lapis Sedap
2. Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api
3. Cara Buat Getuk Ubi

Untuk kedua-dua blog utama saya ni, saya dapat income yang agak banyak setiap bulan. Ia secara tidak langsung membuka minda kita bahawa untuk nak jana income Google Adsense yang agak lumayan, kena ada lebih dari 1 blog dan dengan syarat blog-blog kita kenalah di kendalikan secara aktif.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua para blogger yang kejayaan pasti akan membuahkan hasil jika dilakukan dengan teratur, sabar dan penuh semangat. 

Untuk info, saya kendalikan dan update entry blog hanya melalui handphone sahaja, kenalah smartphone. Hehe.., tak jadi masalah jika kita tak ada komputer atau laptop ya..

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.