PKP 2.0 Hanya 6 Negeri Terlibat. Perintah Kawalan Pergerakan ke 2 (PKP 2.0) telah di umumkan oleh Perdana Menteri pada 11 Januari 2021. PKP 2.0 bermula dari tengah malam 13 Januari 2021 sehingga tengah malam 26 Januari 2021 iaitu dalam tempoh 14 hari. Kita semua kena patuhi larangan yang dikeluarkan dan sama-sama perangi Covid 19 sehingga angka positif berjaya menurun atau dilandaikan macam kita pernah lakukan pada PKP dahulu.

Dalam perlaksanaan  PKP 2.0 ini, perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan, termasuk di negeri yang diletakkan di bawah PKPP - yang mana merupakan perbezaan paling ketara pada SOP terbaru ini.

Untuk kawasan di bawah PKPB, kebanyakan aktiviti sosial seperti mesyuarat, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan dilarang, berbanding sebelum ini aktiviti berkenaan dibenarkan dengan kapasiti separuh tempat acara.

Sekatan tambahan juga akan dikenakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0


PKP 2.0 Hanya 6 Negeri Terlibat



Lima negeri dan tiga wilayah persekutuan akan kembali kepada sekatan ketat di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dalam rangka kerajaan menangani Covid-19 bermula tengah malam ini.

Sementara itu, negeri-negeri lain akan melihat perubahan pada PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP) yang dikenakan di negeri-negeri tersebut.

Negeri dan wilayah persekutuan yang diletakkan di bawah PKP 2.0 adalah: Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PKP bermula dari tengah malam 13 Jan hingga 26 Jan.

Negeri-negeri di bawah PKPB adalah: Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu, daerah Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak juga berada di bawah PKPB.

Negeri-negeri yang berada di bawah PKPP adalah: Perlis, dan Sarawak (kecuali daerah Kuching, Sibu, dan Miri.

Sebilangan besar kemudahan akan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Kemudahan itu adalah:

  1. Restoran, trak makanan, gerai makanan, dan tempat makan lain (perkhidmatan bawa pulang, dan penghantaran sahaja).
  2. Kedai runcit dan kedai serbaneka.
  3. Farmasi.
  4. Pasar raya.
  5. Klinik dan kedai veterinar yang menyediakan makanan haiwan peliharaan.
  6. Kedai dobi, kecuali dobi layan diri.

Waktu operasi yang dibenarkan berbeza-beza mengikut kemudahan:

  1. Hospital, klinik, dan makmal perubatan - 24 jam.
  2. Stesen minyak yang terletak di sepanjang lebuh raya - 24 jam.
  3. Pasar harian dan pasar tani - 7 pagi hingga 2 petang.
  4. Pasar borong - 12 pagi hingga 6 pagi, dan 11 pagi hingga 4 petang.

Semoga bermanfaat. Kita jaga diri sendiri, ikuti SOP yang dikeluarkan. Insya Allah, semua akan baik-baik saja dan dalam jagaan Allah.

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post