Resepi Chezzy Cheesekut Milo Dan Oreo Cikgu Azlina Ina

Advertisement

Random Picks:
Resepi Chezzy Cheesekut Milo Dan Oreo Cikgu Azlina Ina. Musim PKP 2.0 ni ada tak idea nak masak apa untuk anak-anak? Disebabkan tak ada aktiviti lain, asyik memerap dalam rumah.. anak bujang sorang ni asyik cari makanan je. Macam-macam dah saya bagi, tapi tetap control nasi dan air manis dia. Tak ada aktiviti lasak kan.. kena control semua tu. Apa kata ibu-ibu buat kan Chezzy Cheesekut Milo Oreo ni untuk anak-anak kat rumah tu. Ada juga kelainan makanan dia, kan?

Resepi Cheesekut Oreo Milo

Gambar di ambil dari Google dan juga FB Cikgu Azlina Ina Fans. Nampak sedap kan? Budak-budak suka lah ni.. 

Resepi Cheesekut Oreo Milo

Oleh kerana saya selalu ikuti resepi kek Cikgu Azlina Ina, maka, resepi kali ini adalah inspirasi dari air tangan Cikgu Ina. Mari sama-sama kitq buat ya. Tak payah bakar atau kukus pun. Hehe..

Resepi Chezzy Cheesekut Milo Dan Oreo Cikgu Azlina Ina


Resepi Chezzy Cheesekut Milo Dan Oreo Cikgu Azlina Ina


Bahan-bahan:

1 peket biskut sayuran cap hup seng
500 gram cream cheese tatura bagi lembut dulu
1 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping diary
1/2 cawan susu segar
Blender sebati

Susun biskut, tuang adunan dan ulang sampai habis

(Tak perlu celup biskut), cuma sejukkan 2 hingga 3 jam. 

Keluarkan dan tapis milo atasnya atau tabur oreo hancur

Siap!

Haha.. Macam tak caya kan, dah siap kek cheesekut yang Cikgu Azlina ajarkan. Manakan tidak, cuma perlu 5 bahan je. Lepas tu blend. Kalau diajar kat anak dara umur 9 tahun dia akan pandai buat sendiri lain kali. Dengarnya resepi kek chezzy cheesekut oreo milo paling ramai orang suka. 

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.