
Gambar di ambil dari Google dan juga FB Cikgu Azlina Ina Fans. Nampak sedap kan? Budak-budak suka lah ni..

Oleh kerana saya selalu ikuti resepi kek Cikgu Azlina Ina, maka, resepi kali ini adalah inspirasi dari air tangan Cikgu Ina. Mari sama-sama kitq buat ya. Tak payah bakar atau kukus pun. Hehe..

Resepi Chezzy Cheesekut Milo Dan Oreo Cikgu Azlina Ina
Bahan-bahan:
1 peket biskut sayuran cap hup seng
500 gram cream cheese tatura bagi lembut dulu
1 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping diary
1/2 cawan susu segar
Blender sebati
Susun biskut, tuang adunan dan ulang sampai habis
(Tak perlu celup biskut), cuma sejukkan 2 hingga 3 jam.
Keluarkan dan tapis milo atasnya atau tabur oreo hancur
Siap!
Haha.. Macam tak caya kan, dah siap kek cheesekut yang Cikgu Azlina ajarkan. Manakan tidak, cuma perlu 5 bahan je. Lepas tu blend. Kalau diajar kat anak dara umur 9 tahun dia akan pandai buat sendiri lain kali. Dengarnya resepi kek chezzy cheesekut oreo milo paling ramai orang suka.
Selamat mencuba.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.