Kali ni nak cerita pasal donat yang kami beli segera @ frozen punya. Nak buat sendiri memang lah tak sabar. Takut tak jadi.. Hehe. Pernah jugak buat dulu sebelum si bongsu ni pandai komen. Sekarang ni tak boleh.. tak sedap je dia akan cakap terus terang. Jatuh semangat nak buat.. haha
Sarapan Donat Segera Gebu Mudah Sekali
Di mana saya beli donat frozen tu? Saya beli je kat mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Tak ada pilih jenama pun. Nampak macam sedap, terus beli.
Saya memang kena standby donat frozen ni sebab memudahkan persiapan untuk kami pada pagi hari. Jarang la nak makan nasi waktu pagi sebab anak yang bongsu suka kuih muih. So, ada stok pau, donat, karipap, kasturi dan banyak lagi.


Nampak tak donat tu, gebu sangat. Dah rezeki kami dapat beli donat yang gebu gitu.. ada jugak masanya kami tak ada rezeki, dapat donat frozen yang betul-betul frozen. Haha.. keras kaku. Nak buat macam mana, goreng dan makan perlahan-lahan. Lama-lama habis la tu..😅😅😅
Jadi, kalau anda tak nak buntu pepagi hari nak sarapan apa.. maka standby kuih muih frozen macam saya. Tapi kena semak tarikh tamat tempoh jugak, takut tersalah beli yang dah expired. Kena berhati-hati. Okay..



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.