
Info Yang Anda Cari:
Bajet 2027 - Bantuan Pendidikan Dan Persekolahan
Dalam Bajet 2027, Kerajaan telah mensasarkan bantuan dalam sektor pendidikan kepada beberapa bahagian.
1. Bantuan Awal Persekolahan naik daripada RM150 kepada RM200 seorang.
2. Elaun Sara hidup pelajar tingkatan enam sebanyak RM2,500. Disediakan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pendidikan, sekali gus memanfaatkan 90,000 pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara.
3. Bantuan FLYsiswa meningkat daripada RM400 kepada RM500 bagi lebih 60,000 pelajar IPTA
4. Menu Kasih Siswa RM5.00 - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkasa kebajikan mahasiswa melalui inisiatif Menu Kasih Siswa, yang menyediakan pilihan makanan ruji berkhasiat pada harga siling, RM5.00 setiap hidangan. Inisiatif ini mensasarkan sehingga 1,000 hidangan sehari di setiap Universiti Awam.
5. RM69 billion diperuntukkan untuk Kementerian Pendidikan
6. RM2 billion untuk penyelenggaraan sekolah
7. PTPTN: Fleksibiliti bayaran balik untuk lebih 400,000 peminjam. Antara kemudahan yang diperkenalkan termasuk penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan, bayaran minimum RM50 bagi mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 serta diskaun 10 peratus kepada peminjam tanpa tunggakan yang membuat bayaran secara konsisten. Insentif potongan cukai kepada majikan yang membantu melunaskan pinjaman pendidikan pekerja turut mencerminkan pendekatan lebih menyeluruh dalam meringankan komitmen kewangan graduan, di samping memperkukuh kelestarian dana pendidikan tinggi.
Semoga Bajet 2027 yang diperuntukkan kepada bidang pendidikan dapat meningkatkan lagi nilai institusi itu sendiri di samping melahirkan graduan yang bermutu tinggi dari setiap aspek
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.