Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Tetap Jadi Pilihan

Advertisement

Random Picks:
Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Jadi Pilihan. Saya jarang update entry pasal wallet, yang banyak saya tulis adalah perkongsian beg tangan dan beg tangan lagi.. hehe, bukan tak nak tulis tetapi wallet saya jarang rosak. Tahukah anda, wallet pendek jenama Carlo Rino yang saya guna sekarang berwarna merah telah saya guna lebih dari 15 tahun. Bayangkan.. lama kan? Sebabnya, ia tak pernah rosak. Semunya masih dalam keadaan elok. 

Wallet kulit kena tahu cara menjaganya untuk tahan lama dan sentiasa nampak elok walau dah bertahun digunakan. Saya rasa, wallet adalah antara barang  yang saya pakai lama untuk berbelas tahun usianya. Selagi dia berfungsi dengan baik dan tak koyak, saya akan tetap menggunakannya.

Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Jadi Pilihan 


Nak lihat wallet pendek saya yang jadi kesukaan utama saya tu? Nah.. layan gambar-gambar terkini di bawah.

Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Jadi Pilihan

Uollss nampak tak wallet Carlo Rino merah kat atas ni. Agak-agak berapa lama saya dah pakai? 10 tahun? Bukan.. saya dah pakai dekat 16 tahun ya kekawan.. memang tahan lasak, tak rosak langsung cuma warna dah sedikit pudar. Zip masih berfungsi dengan baik. Jenis leather yang amat berkualiti. Puas hati sangat pakai wallet pendek Carlo Rino. Sekarang kalau nak beli dah tak ada kut.. masa beli dulu harga dia murah je, anggaran RM245.00.

Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Jadi Pilihan

Okay.. warna coklat @ brown tu pula wallet Carlo Rino yang saya beli 5 tahun lepas. Beli sebab nampak feminin, ada reben kat situ. Comel je kan? Wallet pendek ni pun lengkap dengan tempat letak kad dan syiling. Ada poket panjang untuk letak wang kertas. Sama pattern dengan wallet saya yang warna merah di atas.



Nak jaga wallet kulit lebih tahan lama? Antaranya kena guna selalu, jangan simpan je. Barangan kulit kalau jarang guna dia akan jadi keras dan rosak. Ok๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Lagi satu, jauhkan dari terkena air dengan sengaja. Contohnya letak atas meja yang basah atau lap dengan air. Ada caranya dan kain pengelap yang sesuai untuk barangan kulit. Berhati-hati bila mencuci wallet atau beg kulit anda.

Wallet Pendek Jenama Carlo Rino Jadi Pilihan

Wallet berwarna merah Carlo Rino, going to be my precious and forever favourite wallet. Memang akan ada nak beli baru dan citarasa baru. Tetapi wallet merah ni tetap jadi pilihan hatiku. Hehe..

Semoga info dan perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca tersayang. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.