-->

Panduan

Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop

Advertisement

Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop. Ni semua sebab terpengaruh dengan Goshop live kat TV dengan Chef Nakahie yang comel tu.. dia masak semua macam senang je. Tu yang jadi inspirasi nak masak macam dia dengan hasil masakan yang sedap. Banyak betul masakan yang boleh dihasilkan seperti panggang, goreng, nyah beku, membakar kek dan banyak lagi. Nampaknya makanan yang akan kami masak nanti akan kurang menggunakan minyak. Itu yang penting.

Ciri-ciri Nakada air fryer yang saya beli;

1. Pandangan jelas ketika memasak
2. Pemegang anti-panas
3. Kipas udara tersedia pasang
4. Mudah dicuci
Dan banyak lagi..

Quality Guarantee Period

2 years warranty

Free Gift Constitution

Free Gift: 1 x Pan, 1 x Grill Rack, 1 x Kitchen Tong, 1 x Kitchen Shear

Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop


Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop


Proses beli Nakada Air Fryer di Goshop memanglah mudah. Pilih je cara bayaran yang anda suka. Dalam 3 hari barang dah sampai. Ni kira dah kali ke 15 rasanya saya beli barang di Goshop. Apa yang saya beli tu ya? Macam-macam lah.. Saya pernah beli Rice cooker, wok, baju, handbag, apa lagi? Banyak la lagi. Dah tak ingat. Nakada Air Fryer dijual di Goshop pada harga RM199.00. Jauh lebih murah daripada air fryer yang saya beli dulu.

Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop


Antara masakan yang boleh menggunakan air fryer adalah, goreng kentang dan nugget, goreng ayam, panggang daging @ ayam, buat kek dan banyak lagi.

Makanan segera paling mudah nak guna. Masuk je dalam air fryer, set masa kemudian tinggalkan. 

Beli Nakada Air Fryer 5L Di Goshop

Sebelum ni saya beli air fryer tetapi saiznya agak besar. Yang itu Turbo Riino Air Fryer, untuk 10L punya. Anak bujang saya je yang selalu guna untuk goreng nugget, ayam, buat pau dan juga masak pizza. Saya cuma tolong makan segala makanan yang dia masak je..

Kali ni pasti saya yang akan guna sebab tengok saiznya yang sederhana dan mudah digunakan. Insya Allah, akan lebih rajin memasak la jawabnya. Kita lihat nanti resepi apa yang saya kerap share dalam blog. Hehe..

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close