Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya. Siapa suka makan mesti nak pedas, lagi pedas lagi bertambah makan? Saya antara orang yang suka makan pedas-pedas, cili padi atau cili kering.. pun suka makan biar bagi pedas.

Tapi, bagi orang yang tak berani pedas, lebih baik jangan makan terlebih pedas. Nanti masalah lain pulak yang timbul seperti cirit birit, najis berdarah dan lainnya. Makan cili mengikut kemampuan tubuh kita. Okay👌

Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya 


Bila nak memasak, kita kena tahu jenis cili yang sesuai dimasukkan dalam bahan masakan kita. Jika tersilap campur cili dalam masakan yang tak sepatutnya, rasanya akan berlainan. Ada jadi lebih sedap, dan ada pula sebaliknya. Diharap info tentang cili di bawah ini berguna untuk anda semua.

1. Cili Merah


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Cili yang amat popular di stiap dapur. Nak buat sambal belacan, masuk dalam masakan sebagai penyeri, inilah antara cili yang sesuai. Ada juga yang mencuba untuk menanam secara fertigasi untuk menjana pendapatan.. walau warnanya merah, tapi kepedasannya agak sederhana saja.


2. Cili Hijau


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Biasanya cili hijau dimasukkan dalam Nasi Briani, Kurma mahupun dibuat solok lada. Cili ini kurang pedas berbanding cili-cili lain. Mempunyai Vitamin A, B2, B6 dan Niasin yang penting untuk tubuh badan kita.


3. Cili Kering 


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Jenis cili ini sangat terkenal dalam masakan terutamanya untuk membuat sambal mahupun antara bahan utama bagi penyedap dalam masakan. Semakin kerdut cili, semakin pedas cili tersebut. Ada juga yang licin dan pendek  itu pun pedas menyengit.


4. Cili Padi Merah


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Antara cili yang mahal dipasaran dan PEDAS kerana dalam cili ini terdapat enzim yang dikenali sebagai 'Capsaicin'. Bukan sahaja digunakan dalam masakan, ia juga digunakan dalam bidang perubatan.


5. Cili Padi Hijau


Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Cili padi hijau tidak sepedas cili padi merah. Size sedikit besar dari cili padi merah tatapi jenis cili padi kampung, rasanya agak pedas dan bersaiz lebih kecil.


6. Cili Benggala atau Capsicum



Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Rata-rata cili in banyak digunakan dalam masakan Italian dan Arab sebagai penyeri dan pembangkit selera. Ada yang menyebut 'Bell Pepper'. Aroma yang dikeluarkan sangatlah mempersonakan dan terdapat 3 warna yang beza : Merah, Hijau dan Kuning. Harga juga berbeza antara ketiga-tiga Capsicum ini.


7. Cili Harbenero


Cili Harbenero merupakan cili hibrid yang mempunyai rasa yang manis (Sweet Taste Chilli) dan jarang kita jumpa di pasar basah biasa. Selalunya dijual di pasar raya. Mungkin kerana penanamannya dikawal agar ia kekal sebagai cili premium.

Jenis-Jenis Cili Dan Tahap Kepedasannya

Kemanisan cili Harbenero ini sangat sesuai dijadikan bahan makanan salad kerana memiliki tekstur yang rangup, juicy, tidak pedas dan sedap dimakan apa lagi kalau ia dicampur dengan bahan salad lain mengikut menu resepi salad sebenar

Itulah antara perkongsian dari kami, namun masih terdapat lagi jenis-jenis yang terdapat di dunia. Cili terpedas pun ada. Cili vietnam pun sekarang dah ada, warnanya sama cili padi merah, cuma saiznya agak panjang dan runcing. Cili vietnam antara cili padi yang pedas dan kegemaran kami. 

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tetang kursus ataupun penananamn secra kontrak, boleh lihat di laman FAMA http://www.fama.gov.my/

Semoga bermanfaat bagi anda yang sentiasa memasak di dapur. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close