Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur?

Teman Kita Di Alam Kubur. Siapakah teman kita di alam kubur? Di dalam tanah yang gelap, busuk, sempit dan ketakutan. Subhanallah.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi. Kita pun ada dengar ceramah agama dan tahu siapa teman kita di alam kubur, kan? Iaitu cacing tanah ular berbisa, Malaikat yang menyoal kita segala amalan yang telah di perbuat ketika hidup. Namun ustaz-ustaz ada pesan yang ada amalan yang boleh dilakukan untuk menjadi teman baik kita di alam kubur.

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini.. maka, untuk selesa di alam kubur..

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur?

Teman Kita Di Alam Kubur, Siapakah Dia?


Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Al quran sebelum subuh


Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.


2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam


Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat


Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. 

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar


Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik. Marilah sama-sama kita mengambil pengajaran daripada perkongsian di atas. 

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments