Impian Dan Aspirasi Ramadhan 1442H Seorang Hamba

Impian Ramadhan 1442H. Aspirasi ramadhan 1442 H. Setiap dari kita mesti bermimpi itu dan ini, banyak nak di buat dalam ramadhan ini. Memang begitulah jugak dengan saya. Siap ada draf jadual nak buat apa, nak capai apa dalam bulan ramadhan 1442H kali ini. Apakah masa nya cukup, adakah impian mampu terlaksana atau adakah segala anganan itu sekadar catatan kosong yang tak memberi apa-apa makna kepada diri sendiri?

Itulah yang sedang saya renung-renungkan. Apa ya impian ramadhan setiap umat islam di atas muka bumi ini? Bukankah ini bulannya, yang kita rindu setiap tahun. Di dalamnya ada malam 1000 bulan, yang mesti direbut dengan pengorbanan?

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
Impian Dan Aspirasi Ramadhan 1442H Seorang Hamba


Impian Dan Aspirasi Ramadhan 1442H Seorang Hamba


Sekadar catatan angan dan impian. Semoga senarai ini menjadi kenyataan dengan segala izin dariNya. Betul.. kita hanya mampu merancang, tetapi mengapa tidak kita laksanakan dengan sebuah kejayaan?


Senarai impian ramadhan 1442 H.:


1. Terawih cukup sebulan puasa

2. Khatam al Quran 

3. Mengurangkan perbelanjaan berbuka puasa, bersederhana, mungkin sehari RM20.00 sahaja

4. Melaksanakan solat-solat sunat di setiap malam

5. Perbanyakkan sedekah, kalau mampu setiap hari

6. Perbanyakkan zikir 

7. Memaafkan semua orang yang pernah buat salah dan silap pada kita


Aspirasi ramadhan 1442H dari Lembaga Tabung Haji


Selain itu, saya juga nak share aspirasi ramadhan 1442H daripada Lembaga Tabung Haji untuk panduan dan manfaat bersama-sama.

Impian Dan Aspirasi Ramadhan 1442H Seorang Hamba
Kredit imej - Lembaga Tabung Haji


Aspirasi ramadhan 1442H, 30 hari puasa;

1. Azam ramadhan

2. Solat terawih di mana?

3. Tips bertenaga

4. Jom baca al Kahfi

5. Kenangan ramadhan 2020

6. Puasa zaman kanak-kanak

7. Cabaran zikir astagfirullah 100 kali

8. Surah terakhir dibaca?

9. Berbuka di mana?

10. Hafal surah apa?

11. Sedekah apa hari ini?

12. Ingat pesanan ibu bapa

13. Sahur apa?

14. Nama Allah

15. Rakan berbuka puasa

16. Cabaran berzakat

17. Cabaran berselawat 100 kali

18. Surah kegemaran

19. Cabaran bersenam

20. Tips bertahajjud

21. Cabaran zikir Alhamdulillah 100 kali

22. Kurma kegemaran

23. Ayat al Quran kegemaran

24. Hadis pilihan

25. Rindu ketika ramadhan

26. Doa kegemaran

27. Warna baju raya?

28. Gambar kampung halaman

29. Gambar raya sewaktu kanak-kanak

30. Gambar keluarga


Semoga senarai impian dan aspirasi ramadhan yang dikongsikan memberikan banyak manfaat kepada kita semua. Tiada yang mustahil untuk dilaksanakan jika kita telah tekad untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam.

Semua orang ada zaman silamnya, ada waktu khilafnya tetapi Allah SWT tak pernah pun berpaling menanti segala taubat-taubat kita. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close