Solat Terawih Dirumah Atau Masjid?

Advertisement

Solat Terawih Dirumah Atau Masjid? Mana lebih afdal? Apa pula hukum solat terawih? Ini semua akan saya kongsikan di bawah untuk rujukan dan panduan bersama. Solat terawih bukanlah solat fardhu, yang mesti dan wajib dibuat. Solat terawih hukumnya sunat, dibuat dapat pahala ditinggalkan tak mengapa. Namun, solat sunat seperti solat terawih jika dilakukan akan menambahkan pahala kebaikan terhadap diri kita. Jika solat fardhu kita dan puasa kita ada yang kurang, solat terawih ni umpama tambahan pahala untuk menampung pahala-pahala kita.

Solat Terawih Dirumah Atau Masjid?

Nak dilakukan di rumah atau masjid atau surau berdekatan, boleh je. Harus hukumnya. Jika anda tak sempat nak buat solat terawih selepas solat isyak, maka boleh lagi laksanakan solat terawih pukul 2 atau 3 pagi nanti, sebelum terbit fajar. Terawih kan maksudnya berehat seketika, kita boleh melakukannya bila rasa penat dah hilang. Wallahu'lam. 


Solat Terawih Dirumah Atau Masjid? 


Mana lebih afdhal terawih di rumah sendiri atau berterawih di masjid?

Mengikut pembacaan saya dari FB MAIWP

Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.
Riwayat Al-Bukhari (37)

Imam Al-Nawawi berkata :

وَتَجُوزُ مُنْفَرِدًا وَجَمَاعَةً وَأَيُّهُمَا أَفْضَلُ فِيهِ وَجْهَانِ مَشْهُورَانِ كَمَا ذَكَرَ الْمُصَنِّفُ وَحَكَاهُمَا جَمَاعَةٌ قَوْلَيْنِ (الصَّحِيحُ) بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ أَنَّ الْجَمَاعَةَ أَفْضَلُ

Maksudnya : 

Dan dibolehkan (solat tarawih itu dilakukan) secara bersendirian dan juga secara berjemaah. Berkenaan yang manakah yang afdhal antara keduanya terdapat dua pendapat yang masyhur sebagaimana yang disebutkan oleh musannif dan diceritakan oleh majoriti (al-Syafi’eyyah), yang sahih secara sepakat oleh ashab, secara berjemaah itu adalah lebih afdhal.

Kesimpulannya, adalah seperti berikut:

✅ Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Ini lebih utama dengan mengambil kira suasana Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini.

✅ Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, kami nyatakan seperti berikut :

  • Waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar.
  • Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal. Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan Al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4457-al-kafi-1706-hukum-melaksanakan-solat-tarawih-di-rumah-bersama-keluarga

Anda boleh merujuk pada pautan yang disertakan jika mahu membaca artikel sepenuhnya. Harap maklum.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.